Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Monday, February 15, 2010

Tindakan Zahrain beri kesan besar kepada PKR: Ezam

JASIN: Tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memberi kesan besar kepada parti itu, kata bekas Ketua Angkatan Muda parti, Mohamad Ezam Mohd Nor.

Katanya, bekas pemimpin PKR di Pulau Pinang itu amat rapat dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus membawa tanggapan tindakan Zahrain tersebut berasaskan faktor yang kukuh.

"Saya ingin tegaskan Zahrain bukan calang-calang ahli politik, saya antara orang yang terlibat menubuhkan PKR, saya tahu semua pemimpin PKR dan saya boleh nyatakan Zahrain merupakan pemimpin PKR yang cukup matang, yang halus pertimbangan politiknya, yang berprinsip dan cukup tajam dalam pengamatan realiti dan cabaran politik.

"Justeru apabila Zahrain membuat keputusan keluar parti, saya percaya ia memberi kesan yang besar kepada parti PKR," katanya selepas berucap pada majlis Ceramah Perdana di sini, malam semalam.

Zahrain, yang jugas bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang mengumumkan keluar daripada parti itu, Jumaat lalu selepas tidak berpuas hati dengan sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Mohamad Ezam juga percaya jejak langkah Zahrain akan diikuti oleh pemimpin lain dalam PKR. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...