KUALA LUMPUR 22 Feb. - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed secara rasmi menyertai komuniti maya apabila melancarkan Facebooknya - usaha terbaik mendampingi rakyat dengan berkongsi idea dan pandangan.
Facebook Mustapa mula diaktifkan sejak 21 Disember 2009 dan sejak dua bulan lalu telah mempunyai seramai 669 peminat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk dari luar negara.
Pelancaran laman sosial itu diadakan dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Anak-Anak Kelantan sekitar Lembah Klang di kediaman beliau di sini semalam.
Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.
Selain Facebook yang baru dilancarkan itu, beliau turut mempunyai medium komunikasi maya lain seperti laman web UMNO Jeli, www.umnojeli.net dan laman komuniti Jeli, Kelantan, www.jeli.my yang juga boleh diakses secara talian oleh orang ramai.
Mustapa melihat penggunaan media sosial seperti Facebook amat berkesan dalam menyampaikan mesej dan aktiviti beliau yang mungkin tidak diliputi oleh media tradisional seperti akhbar, radio dan televisyen.
"Facebook yang sememangnya menjadi pilihan komunikasi masa kini merupakan alternatif terbaik untuk manfaat saya dan rakyat keseluruhannya.
"Selain mengikuti perkembangan aktiviti harian saya, orang ramai boleh menggunakan Facebook saya ini untuk berkongsi idea, cadangan mahupun komen mereka secara terus kepada saya tanpa sebarang halangan.
"Sebagai pemimpin, semua respons mereka amat penting kerana ia dapat membantu saya memahami mereka dan menyediakan perancangan mapan bagi memenuhi keperluan rakyat," katanya kepada pemberita di sini malam ini.
Ditanya mengenai harapan beliau terhadap kemudahan itu, Mustapa berharap Facebook itu dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh segenap lapisan rakyat.
"Saya mengalu-alukan sokongan dan penyertaan anda. Daftarlah sebagai rakan dan saya akan cuba sebaik mungkin untuk meluangkan masa berkomunikasi dengan anda.
"Walaupun hanya secara maya tetapi saya percaya ia dapat merapatkan lagi silaturrahim sesama kita malah anda sendiri akan dapat merasakan kehadiran saya di sisi anda.
"Seandainya semua ini menjadi kenyataan, saya percaya manfaatnya nanti dapat kita gunakan untuk kebaikan bersama khususnya dalam merealisasikan gagasan 1Malaysia itu sendiri," katanya. - Utusan

Comments
Post a Comment