Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Tuesday, February 16, 2010

Anwar akui salah pilih beberapa calon PKR

GEORGETOWN: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengakui beliau salah memilih beberapa calon bagi mewakili parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum lalu.

"Calon bagi kerusi Parlimen saya yang pilih. Ketika itu PKR masih baru. Jadi kita terpaksa angkat (mereka)," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, PKR akan lebih berhati-hati bagi memastikan calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang tidak goyang, tetapi kuat dan bersih.

Minggu lalu, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, mengisytiharkan keluar dari PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Beliau kecewa dengan kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, serta kesal dengan perjuangan PKR dalam pakatan pembangkang. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...