Skip to main content

Muhyiddin Mahu Semua Pemimpin Umno Membuang Segala Sengketa

BANDAR JENGKA, 21 Feb (Bernama) -- Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua pemimpin Umno, termasuk di peringkat bahagian, membuang segala sengketa dan kembali mengukuhkan perpaduan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata tempoh pilihan raya akan datang yang dijangka dua tahun lebih lagi bukanlah tempoh yang panjang untuk mengembalikan semula kekuatan Umno yang mengalami "tsunami politik" pada pilihan raya umum lepas.

"Kenapa tempat yang kita menang dulu tapi kalah pada pilihan raya umum 2008. Kita kalah sebab kita tidak ada perpaduan, kita berbalah, sengketa sesama kita. Kita kena balik semula, berjuang untuk pertahankan agama dan bangsa," katanya ketika berucap menutup Konvensyen Umno Pahang di sini Ahad.

Muhyiddin berkata pemimpin dan anggota Umno juga perlu kembali menilai diri, kelemahan diri dan membuat perubahan bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada Umno.

"Selepas pilihan raya umum lepas, banyak 'suara-suara' disampaikan kepada kita, (antaranya) parti kita sudah lama berkuasa; kita sudah lupa; kita sombong; tak selesaikan masalah rakyat.

"Ini adalah persepsi, (namun), dalam politik, persepsi itulah yang mempengaruhi mereka (rakyat) untuk mengundi kita atau sebaliknya," kata Muhyiddin.

Beliau turut melahirkan rasa bimbang kerana terdapat peringkat Umno bahagian yang tidak lagi melakukan apa-apa program selepas pilihan raya umum lepas.

"Sebab itulah kita lancarkan program Juara Rakyat, kita mahu Umno kembali dekat di hati rakyat," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Muhyiddin berkata masalah dalaman Umno termasuk di peringkat bahagian bukanlah perkara luar biasa, namun apa yang penting semua pihak terbabit perlulah mencari jalan penyelesaian untuk mengukuhkan kembali parti.

Ditanya mengenai kemasukan pengundi baru pada pilihan raya umum akan datang dan kesannya kepada Umno, Muhyiddin berkata Umno perlu memahami aspirasi golongan muda dalam usaha menarik sokongan mereka.

"Kita perlu beri perhatian kepada mereka dan saya yakin mereka akan fahami prinsip perjuangan parti Umno," katanya.

Mengulas mengenai konvensyen Umno Pahang, Muhyiddin berharap negeri-negeri lain turut mengadakan konvensyen yang sama bagi menilai semula keberkesanan gerak kerja parti. -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...