Skip to main content

Sikap putar-belit KM Pulau Pinang dibidas

PULAU PINANG 14 Feb. - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terus membidas Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang tidak berhenti melemparkan tohmahan yang sudah sampai ke tahap mengarut.

Zahrain sekali lagi menegaskan, tindakannya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah kerana tidak tahan dengan sikap Guan Eng yang sangat jelas mengamalkan politik cauvinis dan diktator.

Menurutnya, tindakan Setiausaha Agung DAP itu menuduh beliau keluar parti kerana gagal mendapat tender sebuah projek adalah tidak benar.

"Sudah berkali-kali saya cakap, keputusan keluar PKR tiada kena mengena dengan apa-apa projek, tender dan segala perkara. Saya keluar sebab sudah tidak larat dan tidak mahu bersekongkol dengan pentadbiran mereka ini.

"Apa yang dia (Guan Eng) tidak habis-habis nak buat kenyataan seperti itu dan putar-belit segala benda, kenapa? Kalau nak tahu macam itulah perangai dia sebenarnya, putar sana putar sini.

"Saya bukan baru mengkritik beliau, malah sejak isu pelantikan Timbalan Ketua Menteri sebelum ini serta banyak lagi. Sekarang ini sabar saya sudah tiada lagi," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Guan Eng bahawa tindakan bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu keluar daripada parti adalah disebabkan mahu menjaga kepentingan individu dan peribadi.

Beliau juga berkata, keretakan hubungan antara mereka berpunca apabila Zahrain gagal mendapatkan kelulusan tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort.

Mengulas lanjut Zahrain berkata, dakwaan Guan Eng itu sama sekali tidak benar dan beliau sedikit pun tidak berasa terkilan atau kecewa kerana syarikat yang disokong tidak mendapat projek berkenaan.

"Saya rasa adalah lebih baik Guan Eng tidak lagi cuba memburuk-burukkan nama saya dan bercakap begitu begini. Hentikan mengaitkan saya dengan syarikat tersebut.

"Malah, peguam saya juga sedang meneliti kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka yang cuba mengaitkan saya atau keluarga dengan syarikat itu sebelum ini. Kami dalam proses nak ambil tindakan undang-undang," ujarnya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...