KUALA LUMPUR 8 Feb. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibidas kerana menggunakan taktik lapuk dengan mengaitkan pertuduhan liwat yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai konspirasi dan fitnah kali kedua.
Bekas rakan baik Anwar, Datuk S. Nallakarupan berkata, strategi PKR bagi meracuni rakyat walaupun mendahului mahkamah jelas tidak berasas sama sekali kerana kes tersebut mempunyai pengadu yang mendakwa diliwat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
"Apa yang konspirasi, apa yang fitnah? Kes ini ada pengadu oleh bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Macam kes-kes lain juga bila ada aduan, polis siasat dan bawa ke mahkamah. Jadi biarlah mahkamah bicara. Apa mahu takut?
''Begitu juga strategi PKR kali ini, kata ia fitnah kali kedua. Saya nak cakap fitnah kedua, saya tak tahu, tapi kalau fitnah yang pertama, itu saya tahu,'' katanya yang dikenali umum sebagai bekas rakan sepermainan tenis Anwar ketika ditemui di sini hari ini.
Pada 3 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memulakan perbicaraan kes Anwar yang dituduh meliwat Mohd. Saiful Bukhari di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.
Serentak itu juga, dakwaan bahawa Anwar menjadi mangsa konspirasi dan fitnah buat kali kedua selepas pertuduhan liwat pada 1998 mula dilaung-laungkan oleh kepimpinan PKR dan penyokong pakatan pembangkang.
Ini dapat dilihat melalui kain rentang yang dibawa penyokong Anwar sewaktu mengadakan demonstrasi membantah perbicaraan tersebut Jumaat lalu yang dihadiri tidak sampai 50 orang.
Nallakarupan berkata, memandangkan pertuduhan liwat kali ini membabitkan pengadu yang telah membuat laporan polis, maka kes itu perlu diberi ruang untuk diadili di mahkamah.
PKR pula, katanya, tidak wajar mengganggu proses itu dengan cuba membangkitkan sentimen para penyokong parti dan membuat satu keputusan yang lebih awal daripada mahkamah.
"Mohd. Saiful Bukhari telah membuat laporan polis terhadap Anwar, ia merupakan satu isu antara mereka berdua yang perlu diselesaikan di mahkamah, kenapa mahu dikaitkan dengan konspirasi dan fitnah kali kedua pula.
''Kalau tak ada pengadu, tiba-tiba kena dakwa, itu bolehlah nak pusing cakap kata konspirasi, tetapi kes ini lain. Jadi, kita kena bagi ruang dekat Mohd. Saiful Bukhari mendapat pembelaan.
''Saya mahu ingatkan PKR, janganlah cuba meracuni fikiran rakyat kali ini, jika masih berdegil, saya akan membuat kenyataan lanjut berhubung apa yang didakwa sebagai satu konspirasi dan fitnah pada 1998 itu," katanya. - Utusan

reformasi kali ke-2 ka? kali ni susah la sikit. IT dah advance. Rakyat dah ramai yg dt informasi sebenaq. namun UMNO & BN tak boleh terlalu yakin. kena kuatkan strategi...dekati rakyat.
ReplyDeletetatatat
ReplyDeleteheh nuar juboq, aku yg tak ngaji tinggi dan tak ada jawatan ini pun dpt faham yg kou tu setan, kalau kou mampos nanti, daging mayat kou reput dlm masa stengah jam je sbb terlalu busuk berulat olh perbuatan laknat kou sendiri, JAGA JAGA...............
ReplyDeletenak buat kalut lagi...!!!
ReplyDelete