KUCHING, 12 Feb (Bernama) -- Tindakan Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini bukannya sesuatu yang mengejutkan, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan di sini.
Beliau berkata tindakan itu membuktikan Zahrain yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang tidak berpuas hati dan kecewa dengan kepemimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng selain kesal dengan perjuangan PKR.
"Zahrain keluar kerana tidak puas hati dengan kepimpinan dalam PR yang kini sudah jadi "pakatan rapuh" dan PKR jadi "pakatan kian rapuh"," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.
Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata tindakan Zahrain tidak boleh dikaitkan dengan Umno mahupun Barisan Nasional kerana ia berlaku disebabkan beliau tidak puas hati dengan pemimpin dalam pakatan tersebut.
"Rakyat harus ambil iktibar daripada apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat hari ini," katanya. -- BERNAMA

Comments
Post a Comment