Skip to main content

Muyhiddin nafi tak senada konsep 1Malaysia

PAGOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenyataan Lim Kit Siang kononnya beliau berbeza pendapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai konsep 1Malaysia adalah mengarut dan sengaja mahu melaga-lagakan pemimpin kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, parti pembangkang sudah kehabisan isu sehingga Lim membuat kenyataan beliau dan Perdana Menteri kelihatan tidak senada dalam konsep 1Malaysia.

"Saya fikir, Kit Siang tidak faham pendirian saya kerana kepalanya penuh dengan masalah lain. Ada masalah dalam krisis politik pembangkang yang meletakkan dirinya dalam keadaan terdesak.

"Sebab itulah dia nak mengalih tumpuan orang ramai terhadap pemimpin negara seperti Perdana Menteri dan saya sendiri. Siapa yang patut berasa ragu mengenai pendirian kami dalam Kabinet.

"Kit Siang jangan anggap kita terjebak dengan cara politik mereka. Kita tahu apa nak buat, kita dah buat apa yang betul dan tepat," katanya selepas menyaksikan demonstrasi robotik pelajar sekolah menengah kebangsaan dalam Parlimen Pagoh, di Dewan Kompleks Seri Pekembar, di sini semalam.

Sebuah portal berita kelmarin melaporkan Lim mencabar Muhyiddin menyatakan pendirian sama ada menyokong konsep 1Malaysia yang diilhamkan Najib. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, media boleh menyemak semula kenyataannya termasuk terbaru di Jengka, Pahang yang menyentuh secara terperinci bagaimana rakyat Malaysia perlu memahami gagasan berkenaan.

Mengenai langkah Barisan Nasional (BN) meminda perlembagaan bagi membolehkan penyertaan badan bukan kerajaan dan pertubuhan yang menyokong BN, Muhyiddin berkata, pembangkang mula menggelabah apabila BN menyatakan hasrat itu.

"Sebab itulah mereka mencabar kita sama ada nak terima Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) atau tidak. Ini bukan soal Perkasa tetapi ini konsep dan keputusan Majlis Tertinggi BN atas pandangan Perdana Menteri dan Pengerusi BN yang berpendapat sudah sampai masa kita buka pintu supaya rakan NGO yang selama ini minat bantu kita diterima," katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam Daily Express kelmarin kes perbicaraan liwat suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berniat menamatkan kerjaya politiknya, beliau berkata, ia lebih berbaur politik dan meraih simpati masyarakat antarabangsa.

"Saya tak tahu tujuan Wan Azizah buat kenyataan... pastinya untuk meraih simpati macam yang dilakukan 50 Ahli Parlimen Australia yang mendesak kita gugurkan tuduhan. Ini bukan hak kita, mahkamah yang akan buat keputusan," katanya. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...