KUALA LUMPUR: Penganalisis politik menyifatkan pakatan pembangkang tidak mempunyai kesefahaman dan tidak mampu menjadi sebuah kerajaan yang baik untuk rakyat.
Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustapa Ishak, berkata ini dibuktikan melalui tindakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti kerana tidak setuju dengan pentadbiran parti komponen lain.
Katanya, tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, yang meninggalkan PKR dengan jelas membuktikan beliau kurang berpuas hati dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
"Pada keputusan pilihan raya umum lalu, PKR menang paling banyak kerusi berbanding parti pembangkang lain, namun PKR tidak menjadi parti penentu dalam pakatan pembangkang," katanya semalam.
Pensyarah sains politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ahmad Nizammuddin Sulaiman pula berkata dalam pakatan pembangkang, PKR adalah sebuah parti yang belum matang.
Katanya, parti yang dipimpin Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak mampu melahirkan pemimpin yang berdisiplin serta matang dalam perjuangannya. - Berita Harian

Comments
Post a Comment