Skip to main content

Kepala Kit Siang Penuh Masalah : Muhyiddin

MUAR, 23 Feb (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penasihat DAP Lim Kit Siang mempunyai pelbagai masalah dalam kepalanya sehingga terdorong menuduh beliau tidak menyokong sepenuhya gagasan 1Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri berkata dakwaan tidak berasas oleh Lim itu merupakan satu perangkap untuk melaga-lagakan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengilhamkan gagasan 1Malaysia.

Ia juga membuktikan parti-parti pembangkang kehabisan isu yang boleh digunakan terhadap kerajaan, katanya kepada pemberita selepas menyaksikan demonstrasi Robotec oleh pelajar-pelajar sekolah dalam kawasan Parlimen Pagoh di sini pada Selasa. Beliau adalah juga Anggota Parlimen Pagoh.

"Saya fikir Lim Kit Siang tidak faham tentang pendirian saya (tentang gagasan 1 Malaysia) kerana di dalam kepalanya penuh dengan pelbagai masalah, ditambah pula dengan masalah yang dihadapi oleh parti pembangkang."

"Kesemua masalah ini meletakkan Kit Siang dalam keadaan tertekan dan sebab itulah beliau mahu mengalihkan perhatian rakyat," kata Muhyiddin mengenai dakwaan Lim yang disiarkan menerusi portal berita "Malaysian Insider".

Katanya kabinet dan semua pihak tahu bagaimana beliau dan rakan-rakan dalam kerajaan sentiasa mencari jalan terbaik untuk menjayakan gagasan 1Malaysia.

Ketika menyifatkan dakwaan Lim itu sebagai mahu melaga- lagakannya dengan Najib, Timbalan Perdana Menteri berkata hubungannya dengan Perdana Menteri adalah teguh dan beliau mempunyai pendirian yang sama dengan Najib.

"Saya harap kita semua tidak terjebak dengan politik mereka yang mahu melaga-lagakan pemimpin-pemimpin kita. Ini adalah cara mereka sejak dari dahulu lagi," katanya.

Muhyiddin berkata beliau sememangnya menyokong gagasan 1Malaysia kerana ia bersandarkan kepada prinsip dan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Pada Isnin, "Malaysian Insider" memetik Lim sebagai mencabar Muhyiddin supaya menyatakan pendiriannya mengenai 1Malaysia selain mendakwa kononnya Muhyiddin sering membuat kenyataan yang bertentangan dengan Najib berhubung gagasan itu. -- BERNAMA

Comments

  1. Salam bro, betul sangat tu..... LKS dalam kepalanya terlalu banyak masalah, nak hancurkan kuasa Melayu nampaknya dah pudar, kepincangan LGE anaknya pun dah terserlah.... kusut....kusut.... tak lama lagi gila babilah nanti....

    ReplyDelete
  2. serabut dgn perangai anwar sama...tak habih2. never ending controversial sex story...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T