Skip to main content

Pas bantah campur tangan asing

KUALA TERENGGANU: Pas menentang sebarang campur tangan kuasa asing termasuk Australia terhadap proses perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mahu negara asing menghormati Malaysia sebagai negara berdaulat dan merdeka serta tidak campur tangan dalam hal ehwal negara, termasuk proses perbicaraan Anwar.

Bagaimanapun, katanya, Pas mahukan proses perbicaraan kes liwat Anwar dijalankan secara adil dan mengikut tuntutan agama.

"(Bagi) saya sebagai rakyat Malaysia, (perbicaraan kes liwat Anwar) tak perlu ada campur tangan asing. Apa lagi negara luar, Barat dan negara bukan Islam. Jika kita melakukan dengan adil, orang asing takkan berani campur tangan," katanya ketika diminta mengulas pendirian Pas berikutan campur tangan Ahli Parlimen Australia terhadap perbicaraan kes liwat Anwar.

Akhbar baru-baru ini, memetik agensi berita asing melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Micheal Danby dipetik sebagai berkata, pendakwaan liwat kali kedua terhadap Anwar adalah sesuatu yang memalukan sistem demokrasi di Malaysia.

Selasa lalu, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat Amerika Syarikat (AS), John Kerry turut menyatakan mahu perbicaraan kes liwat Anwar dijalankan secara adil dan saksama, namun sehingga kini AS belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perbicaraan kes itu.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, institusi kehakiman negara perlu diperkemas supaya lebih diyakini rakyat tanpa ada kawalan kerajaan kerana apa yang berlaku sekarang menimbulkan krisis dan mengikis keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman negara.

"Sistem kehakiman kita berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang ada kepentingan politik serta tidak ada pemisahan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehakiman. Ini yang menghilangkan keyakinan rakyat.

"Sebab itu, kita mahu pemisahan kuasa berlaku. Barulah institusi kehakiman ada kewibawaan dan kehebatan. Ia perlu bebas dan diletak di bawah Parlimen atau Majlis Raja-Raja supaya apa yang disebut raja berpelembagaan dipraktikkan dengan tepat," katanya selepas merasmikan Karnival Himpunan Pemuda Islam Kuala Terengganu (Pemikat) 2010, di sini semalam. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...