Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Thursday, February 25, 2010

Suhakam sahkan anak Raja Petra tidak didera

 

SUNGAI BULOH: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menafikan dakwaan penulis blog, Raja Petra Kamarudin, bahawa anaknya, Raja Azman, didera dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh.

Pesuruhjayanya, Datuk N Siva Subramaniam, berkata Raja Azman, 34, sendiri menyatakan pada pertemuan mereka tadi bahawa beliau menelan bilah pisau cukur sebagai protes selepas diasingkan daripada tahanan lain.

Siva berkata, pengasingan itu perlu bagi tujuan siasatan terhadap Raja Azman kini ditahan reman kerana kes curi dan menunggu perbicaraan.

Beliau berkata, Raja Azman kini sudah pulih selepas menjalani proses pembuangan bilah mata pisau cukur itu Sabtu lalu.

Raja Petra sebelum ini mendakwa anak keduanya itu cenderung mencederakan diri sendiri kerana didera kakitangan penjara dari segi mental dan fizikal. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...