KUALA LUMPUR 9 Feb. – Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin ‘dipinggirkan’ oleh penyokongnya sendiri berdasarkan kehadiran mereka sepanjang perbicaraan kes liwatnya yang sudah memasuki hari kelima.
Hari ini hanya kira-kira 20 orang yang hadir ke Mahkamah Tinggi, Jalan Duta di sini.
Jumlah kehadiran itu terlalu kecil berbanding sasaran yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu sekurang-kurangnya 300 ahli parti itu hadir setiap hari.
Malah, “ayam sabung” PKR Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd. Akin juga tidak kelihatan apabila mahkamah mula bersidang pukul 9.30 pagi sehingga keputusan penangguhan dibuat menjelang tengah hari.
Sedangkan sebelum ini, mereka berdua begitu `galak’ menaikkan semangat para penyokong PKR supaya berhimpun dan melakukan demonstrasi secara aman bagi membantah perbicaraan tersebut.
Pada masa yang sama, pemimpin PKR yang hadir seperti Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin juga pulang awal sebelum perbicaraan ditangguhkan.
Hanya Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali; Naib Presiden, Mohamed Azmin Ali; ahli keluarga dan barisan peguam bela Anwar sahaja yang dilihat setia menunggu beliau sehingga petang.
Dalam pada itu, “mood” penyokong yang hadir juga sudah berubah apabila mereka semakin berdisiplin dan tidak lagi melakukan provokasi di lobi mahkamah, berbanding cubaan melakukan kekecohan pada hari pertama dan kedua perbicaraan itu. - Utusan

hilang 'geli', hilang seri...padan muka!
ReplyDelete