KUALA LUMPUR 22 Feb. - Para pemimpin pembangkang perlu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen ekoran pertuduhan liwat yang dihadapinya.
Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib berkata, perkara itu perlu kerana Anwar memberi rekod paling buruk kepada pakatan pembangkang dalam sejarah negara.
Katanya, ini kerana belum pernah ada mana-mana pemimpin sama ada Ketua Whip atau Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia yang menghadapi pertuduhan sebegitu di mahkamah.
Justeru katanya, pemimpin pembangkang perlu memilih sama ada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai ketua mereka bagi menggantikan Anwar.
''Dalam sistem demokrasi berparlimen, seseorang pemimpin yang menghadapi pertuduhan mahkamah sama ada daripada kerajaan atau pembangkang perlu melepaskan jawatan demi menghormati ahli-ahli parti dan masyarakat secara amnya.
''Jadi, pemimpin pakatan pembangkang perlu segera menukarkan Anwar dengan Abdul Hadi atau Kit Siang bagi mengetuai mereka di Parlimen demi memelihara 'kesucian' dewan perundangan negara kita," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Baru-baru ini, pakatan pembangkang menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil satu sidang khas Dewan Rakyat bagi mengusulkan pengguguran dakwaan kes liwat Anwar tetapi ia ditolak Perdana Menteri.
Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Pensyarah Jabatan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Ahmad Nidzamuddin Sulaiman berkata, walaupun tiada gesaan untuk Anwar melepaskan jawatan itu di Parlimen, ia dilihat memberi banyak manfaat kepada pakatan pembangkang.
''Sekiranya Anwar diganti oleh Hadi atau Kit Siang, kedua-dua mereka ini boleh menumpukan sepenuh masa kepada perjalanan Dewan rakyat, berbeza dengan Anwar yang perlu banyak masa mempersiapkan dirinya menjalani prosiding mahkamah.
''Mungkin ada baiknya sekiranya ahli-ahli Dewan Rakyat mengusulkan pertukaran jawatan (Ketua Pembangkang) itu dalam sidang akan datang supaya perjalanan Parlimen dapat berlangsung dengan lancar dan penuh demokrasi," jelasnya.
Bagaimanapun katanya, sekiranya keputusan mahkamah nanti menunjukkan Anwar tidak bersalah, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu boleh mengambil semula jawatan itu daripada Abdul Hadi atau Kit Siang. - Utusan

Comments
Post a Comment