Skip to main content

Tiada Pengecualian Berhubung Siasatan Dakwaan Rasuah Terhadap Nik Aziz


KOTA BAHARU, 28 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan bahawa tiada pengecualian terhadap kes siasatan rasuah ke atas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melibatkan tajaan mengerjakan haji dan isu penyelewengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Zakaria Jaffar berkata tidak ada pihak yang boleh dianggap "terkecuali" dalam kes seperti ini termasuk Menteri Besar itu dan siasatan dilakukan mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Malahan, katanya, siasatan yang dibuat ke atas Nik Abdul berhubung kes rasuah adalah mengikut prosidur biasa undang-undang negara ini, katanya.

"Siasatan kita standard dan siasatan SPRM tidak terikat kepada sesiapa," katanya kepada pemberita selepas majlis Serah Menyerah Tugas antara Pengarah SPRM Kelantan, Mohd Jaafar Hussin dan Timbalan Pengarah Akademi SPRM, Nasaruddin Mohd Nor di sini, pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan kepada SPRM di Putrajaya sebelum ini berhubung sebuah blog menyiarkan artikel "SPRM Kelantan Pro-Pas: Siasatan Kes Nik Aziz Terbengkalai".

Ketuanya, Anuar Sapian berkata, pergerakan tersebut membuat laporan itu kerana mahu SPRM menyiasat dakwaan itu kerana SPRM merupakan sebuah badan bebas.

Semalam, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat SPRM, Datuk Ahmad Khusairi Yahya berkata, SPRM Kelantan telah selesai menjalankan siasatan kes dakwaan rasuah terhadap Nik Abdul Aziz itu dan kertas siasatan telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Zakaria berkata peruntukan undang-undang adalah jelas dan telus tanpa mengira sesiapa dan tindakan akan dibuat berdasarkan kepada fakta-fakta kes yang disiasat oleh pihak siasatan SPRM.

Beliau berkata pihaknya kini menunggu keputusan pendakwa raya sama ada untuk mendakwa atau tidak.

"Sekarang kita tunggu keputusan pihak pendakwa sama ada boleh didakwa atau tidak, (kerana) siasatan kita sudah selesai," kata Zakaria.

Sebelum itu, Jaafar berkata SPRM Kelantan menerima 426 laporan tahun lepas dan sebanyak 24 kes dibuka kertas siasatan manakala sebihnya tiada tindakan lanjut kerana didapati tiada asas. -- BERNAMA

Comments

  1. Salam...

    Jika terlepas hukuman didunia pun akhirat pasti tidak akan terlepas juga.

    Siasat jgn tak siasat, Nik Aziz juga manusia biasa. Terdengar juga pegawai2 PMBK nak cuba hapuskan bukti, kalau tidak didesak SPRM tdk akan menggeluar lagi kenyataan seperti itu.

    Asalamualaikum dan salam perjuangan...

    ReplyDelete
  2. betui2! nik aziz bukan ma'sum. siasat cepat2.

    ReplyDelete
  3. jgn...tak boleh buat mcm tu kat ni aziz. nanti marah pulak penyokong dia pd kerajaan. mana mungkin nik aziz berbuat dosa dan zalim (tidak berlaku adil serta amanah)?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T