Skip to main content

'Walkabout' PM : Najib solat Jumaat bersama warga UIAM


KUALA LUMPUR: Kunjungan Datuk Seri Najib Razak ke Masjid Sultan Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak dekat sini, hari ini mengejutkan hampir 9,000 jemaah yang terdiri daripada petugas dan penuntut universiti itu apabila beliau menyertai mereka untuk menunaikan solat Jumaat.

Perdana Menteri yang tiba pada jam 1.15 petang disambut Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Selepas menunaikan solat, beliau melawat kafeteria kolej kediaman Mahallah Ali Abi Talib kira-kira 40 minit untuk beramah mesra dengan penuntut selain mengadakan perjumpaan dengan Presiden kolej kediaman, Wan Mohd Hafiq Abdul Jalil.

Ketika ditemui pemberita selepas itu, Wan Mohd Hafiq berkata penuntut berasa terharu dengan kunjungan Perdana Menteri ke kolej berkenaan.

"Ini adalah satu perkara yang baik apabila seorang Perdana Menteri turun ke kolej kediaman ini dan ia adalah satu penghormatan bagi kami.

"Beliau seorang yang mesra dan memahami pandangan rakyat," katanya yang juga penuntut tahun pertama jurusan ekonomi.

Wan Mohd Hafiq berkata, beliau memohon kepada Perdana Menteri supaya kerajaan dapat menyediakan akhbar percuma kepada penuntut di universiti itu agar mereka tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan semasa. - Berita Harian

Comments

  1. kalau PM konsisten mcm ni...sentiasa turun je bawah, teriak la puak2 dan juak2 pembangkang. Insyaallah Gagasan 1MALAYSIA akan berjaya...AMIN

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T