KUALA LUMPUR: Pemimpin pembangkang tidak mengaku wujud krisis kepemimpinan di Pulau Pinang seperti didakwa Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dan menganggap kritikannya sebagai usaha untuk menjatuhkan kerjasama pakatan pembangkang.
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, berkata Zulkifli mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana terdorong dengan sikap media yang suka melayan tindak-tanduk Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang suka bercakap.
“Hakikatnya bukan seperti itu, kami dalam pakatan masih bermesra dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat PKR) dan semua pemimpin lain, tidak ada apa yang berlaku seperti didakwa Zulkifli,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Tan mengulas kenyataan Zulkifli yang mendakwa DAP tidak diperlukan dalam perjuangan pembangkang dan menyifatkan parti itu sebagai duri dalam daging yang sering menimbulkan banyak masalah kepada pembangkang.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, berkata kritikan Zulkifli tidak memberi kesan kepada kerjasama dan hubungan partinya dengan DAP.
Katanya, ia akan menguatkan lagi semangat mereka untuk terus berjuang menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Katanya, pimpinan tertinggi pakatan Pas dan PKR tidak pernah membuat keputusan untuk meninggalkan DAP dalam perjuangan mereka dan masih memerlukan parti itu.
“Kami nak bersama DAP untuk menjatuhkan BN, jikalau dia (Zulkifli) cakap tidak perlukan DAP, terpulang kepadanya, kami tidak buat keputusan DAP tidak diperlukan.
“Saya tidak kenal Zulkifli dan kritikannya itu tidak memberi kesan kepada parti. Suruh dia balik tengok kawasannya, ramai rakyat merungut dia tidak peduli kawasan,” katanya.
Di GEORGETOWN, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus berdiam diri meskipun terus dikritik hebat pemimpin PKR sejak dua minggu lalu.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP menyifatkan apa yang diperkatakan itu adalah pandangan peribadi individu yang mengkritiknya, bukan mewakili pandangan parti.
“Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana semua individu itu sudah dirujuk ke Lembaga Disiplin parti masing-masing,” katanya. - Berita Harian

Comments
Post a Comment