KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, menyamakan tindakan wakil rakyat pembangkang yang mengisytiharkan keluar parti itu seperti jakun.
Beliau yang turut merasa kecewa dengan perkembangan itu, membidas wakil rakyat terbabit kerana mereka bukan setakat keluar parti, malah mengeruhkan keadaan dalam pembangkang dengan menghebohkan masalah kepada media.
Namun, Nik Aziz tetap berkeyakinan bahawa tindakan beberapa wakil rakyat terbabit meninggalkan parti pembangkang ketika ini tidak akan menggugat kedudukan pakatan mereka.
"Saya tidak nampak seorang dua (keluar akan menggugatkan pembangkang). Cuma yang peliknya, bila tidak setuju mereka pergi sebut (beritahu) dalam akhbar, sepatutnya pergi cakap dengan orang itu (pemimpin terbabit).
"Macam suami isteri, tidak setuju dengan suami kita, isteri pergi cakap di kedai kopi, ini perangai tak betul. Kalau tidak setuju dengan suami, pergi minta fasakh di mahkamah, begitu juga suami yang tidak setuju dengan isterinya, cerai dia.
"Ini perangai orang kita, masih jakun lagi, masih baru dengan politik," katanya kepada media di pejabatnya, Kota Darul Naim, semalam.
Mengulas kenyataan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengakui tersalah pilih calon menyebabkan ramai yang melompat parti meninggalkan PKR, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, enggan mengulas mengenainya, sebaliknya menyatakan itu masalah Anwar.
Bagaimanapun, beliau berkata, adalah sukar mengetahui apa yang terkandung dalam hati seseorang dan apa yang akan berlaku selepas itu walaupun ketika awalnya mereka kelihatan calon terbaik.
Sementara itu, Nik Aziz Nik Mat tetap mempertahankan kenyataannya sebelum ini, bahawa sambutan Maulidur Rasul tidak ada fadilatnya.
Malah beliau menyifatkan mereka yang memperbesarkan isu kerajaan negeri tidak mengadakan majlis perarakan sempena Maulidur Rasul itu sebagai golongan jahil. - Berita Harian

Comments
Post a Comment