KUALA KUBU BARU - Polis menahan seorang pemandu teksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama dekat Batang Kali semalam.
Kejadian pukul 8.30 malam itu terbongkar selepas lelaki berusia 28 tahun terbabit membawa mayat kanak-kanak itu, Syafia Humairah Sahari ke Hospital Kuala Kubu Baru dengan mendakwa mangsa terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Bagaimanapun, selepas diteliti, pihak hospital mendapati terdapat kesan lebam di seluruh badan kanak-kanak tersebut termasuk di perut dan bawah telinga selain luka di dagu yang tidak selari dengan cerita kemalangan. - Kosmo

Komen Blog :
Kejadian begini sering berlaku dek kerana ibunya yang 'buta'.
Bukan buta mata tetapi buta hati kerana mengiyakan nafsu hati yang mahu bertemankan pasangan yang tidak punya hati dan seumpama binatang.
Biarlah pepatah 'cinta itu buta' hanya pepatah dan biarlah cinta itu yang buta. Jangan benarkan ianya membutakan hati kita sekaligus menghitamkan segala yang putih.
Telah dibezakan kita dengan haiwan, yakni akal. Maka gunakanalah akal itu untuk membezakan yang hitam dan yang putih.
Kepada anaka ini, surgalah tempatnya dan kepada ibunya yang 'buta itu, semoga Allah membuka mata hatinya agar 'butanya' itu dapat dicelikkan untuk teru membesarkan anaknya yang masih ada bersamanya.
memang buta. dah la dah beranaka anak luar nikah hasil hubungan terlarangnya. anak itu skrg berumur 1 tahun lebih. katanya, skrg siibu sedang mengandung 4 bulan juga hasil hubungan terlarang dgn lelaki yg membunah safiah ni...bangang!
ReplyDelete