Skip to main content

Perdana Menteri Lawat Petaling Street


KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak membuat tinjauan mesra di Petaling Street di sini Khamis bagi meninjau perkembangan terkini kawasan itu yang juga merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong asing.

Ketibaan beliau pada pukul 4.50 petang disambut meriah dengan persembahan tarian Singa dan juga kehadiran lebih 500 pengunjung yang teruja untuk menemui Perdana Menteri dan bersalaman dengan beliau.

Dalam tinjauan kira-kira 45 minit itu, Najib mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan para peniaga di samping mengadakan pertemuan dengan beberapa menteri serta Presiden Persatuan Penjaja Jalan Petaling Datuk Ang Say Tee.

Kedatangan menteri-menteri lain juga turut menyebabkan keadaan menjadi sesak sehingga memaksa anggota keselamatan bertindak tegas untuk tidak membenarkan wakil media dan orang awam untuk masuk ke sebuah hotel di sini untuk membuat liputan pertemuan Najib bersama Presiden Persatuan Penjaja Jalan Petaling.

Antara menteri yang mengiringi beliau adalah Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta timbalannya Datuk Tan Lian Hoe.

Lawatan ke Petaling Street itu adalah lawatan kedua Najib sejak dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April tahun lepas. Lawatan pertama beliau ke kawasan itu adalah sehari selepas pelantikannya.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas lawatan itu, Presiden Persatuan Penjaja Jalan Petaling, Datuk Ang Say Tee berharap kerajaan akan memberi bajet untuk membeli tanglung bagi menghiasi sekitar kawasan itu sempena sambutan Tahun Baru Cina.


"Tanglung yang sedia ada hanya sebanyak 500 buah. Itupun ia digantung bagi menyambut ketibaan Perdana Menteri. Kami memerlukan kira-kira 5,000 lagi tanglung untuk memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina," katanya.

Selepas membuat tinjauan di Jalan Petaling, Perdana Menteri meneruskan agenda tinjauan mesranya ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Kepong untuk melihat sendiri projek perumahan yang bakal menempatkan 948 keluarga.

Najib yang tiba kira-kira pukul 6 petang meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk melihat sendiri unit kediaman di PPR berkenaan yang masih belum didiami.

"Inilah cadangan saya membuat lawatan seperti ini kerana ini menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk terus membela rakyat yang berpendapatan rendah dan golongan yang miskin termasuk kumpulan setinggan," katanya kepada pemberita.

Berdasarkan program pengisian 948 unit PPR Pekan Kepong, seramai 312 keluarga terdiri daripada bekas setinggan tapak perumahan itu akan ditempatkan semula di perumahan berkenaan selain bekas setinggan Taman Kok Doh ke Intan Baiduri (127), setinggan Pekan Kepong (68);

Setinggan North River Road (72), Kepong, setinggan berhampiran rumah panjang Jinjang Utara, kepong (147), setinggan Kampung Jinjang Selatan (200) dan keluarga tambahan (22). Najib berkata kesemua penduduk berkenaan dijangka dapat memasuki kediaman masing-masing pada pertengahan April ini.

"Mereka sekarang begitu berminat sekali untuk mendiami blok-blok flat yang telahpun siap. Unit-unit ini akan disewa dengan kadar yang biasa iaitu RM124 sebelum dan kemudian akan dijual kepada mereka," katanya.

Tiga blok PPR Pekan Kepong berjumlah 18 tingkat yang sudah siap dibina itu berkeluasan kira-kira 650 kaki persegi setiap satu dengan tiga bilik, dua bilik air, dapur dan ruang tamu.

Setiap blok perumahan berkenaan juga akan menempatkan empat unit rumah untuk orang kurang upaya (OKU) yang dilengkapi dengan tandas khas untuk golongan itu.

Projek itu dibina di atas tanah berkeluasan 5.395 hektar dengan kos projek RM51 juta.

Sementara itu, Raja Nong Chik berharap keluarga setinggan yang ditawarkan untuk menduduki PPR berkenaan tidak melengah-lengahkan untuk berpindah ke kediaman yang disediakan.

"Biasanya kita bagi mereka masa tiga bulan untuk pindah... saya harap mereka pindah dengan cepat sebab di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah ada kira-kira 20,000 permohonan yang sedang menunggu untuk mendapatkan rumah PPR," katanya.

Raja Nong Chik berkata selain disewakan, rumah-rumah pangsa PPR itu juga akan dibuka untuk dijual dengan harga RM35,000 kepada penghuni selepas tempoh tertentu. -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T