Skip to main content

Nizar dinasihat muhasabah diri

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dinasihatkan supaya bermuhasabah diri daripada terus mempolitikkan pelbagai isu terutama yang melibatkan badan kehakiman negara.

Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, Mohammad Nizar tidak seharusnya mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana ia dibuat oleh institusi yang paling adil.

Sebaliknya, tegas beliau, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu perlu berbalik kepada perumpamaan 'jangan ikut hati, nanti mati, jangan ikut rasa, nanti binasa'.

"Apa yang beliau inginkan daripada jawatan itu (Menteri Besar Perak) sehingga sanggup mempertikaikan kedudukan raja dan mahkamah? Jika untuk kepentingan politiknya, beliau dilihat akan gagal untuk mendapatkannya.

"Tetapi jika beliau berniat untuk memperjuangkan jawatan itu demi rakyat di Perak, Mohammad Nizar sebagai pemimpin harus menerima keputusan dengan tenang dan bersabar.

"Ini kerana hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi untuk pilihan raya (umum),'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kekecewaan pakatan pembangkang termasuk Mohammad Nizar sendiri terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

Berikutan itu, pakatan pembangkang mendesak Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan selain Mohammad Nizar menyifatkan keputusan mahkamah itu sebagai monarki mutlak yang mengetepikan prinsip demokrasi.

Ahmad Zaki berharap, pakatan pembangkang tidak terlalu 'asyik' menjadikan pentadbiran Perak kucar-kacir sehingga rakyat menjadi mangsa.

Katanya, dakwaan Mohammad Nizar bahawa ia keputusan monarki mutlak, telah terkeluar daripada konteks sebenar selain mencerminkan dirinya sebagai pemimpin yang tidak berhemah.

"Beliau selama ini ada pegangan iaitu yakin pada perjuangannya, maka sepatutnya beliau sabar dengan takdir ini. Mungkin belum sampai masa untuk dirinya mentadbir,'' ujar Ahmad Zaki.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Agama Islam Malaysia, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad menyifatkan Mohammad Nizar sebagai 'antikesultanan' kerana sentiasa berfikiran republik.

Sehubungan itu, jelasnya, rakyat tidak perlu bimbang dan terkejut apa yang mungkin dilakukan oleh Mohammad Nizar selepas ini kerana beliau gemar berpolitik.

"Jangan ambil peduli dengan kenyataan Mohammad Nizar itu kerana rakyat melihatnya tidak lagi cenderung melaksanakan apa yang dirancang olehnya, beliau tetap akan gagal mentadbir negeri,'' katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T