KUALA LUMPUR: Peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu, hari ini ditegur kerana menggunakan perkataan kasar terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mengadili kes itu.
Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes itu, berkata Karpal Singh bebas mengemukakan hujah tanpa perlu menghina hakim.
"Untuk mengatakan Yang Arif berbohong adalah terlalu kasar. Walaupun kita boleh berhujah sebaik manapun untuk anak guam kita, tetapi menggunakan perkataan kasar adalah tidak wajar.
"Kita boleh berbuat demikian dengan sopan dan beretika," katanya ketika berhujah semasa mahkamah mendengar permohonan pihak pembelaan supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada kes itu kononnya kerana beliau berat sebelah.
Sebelum itu, Karpal Singh berkata bahawa oleh kerana Hakim Mohamad Zabidin tidak berterus terang kerana tidak merujuk Utusan Malaysia bagi kesalahan menghina mahkamah berhubung laporan yang dianggap palsu, pihak pembelaan melihat itu sebagai "satu pembohongan oleh Yang Arif". - Berita Harian

Salam bro, siapa Karpal Singh ? inilah manusia yang tidak pernah menghurmati sesiapa, dia merasakan lebih berkuasa dari yang lain... sedangkan Raja dan Sultan juga tidak dihurmati, inikan pula oarang biasa...........
ReplyDeletekan mamat ni kata dia 'singh is king'...memang celako punya singh. tuanku sultan pun dia nak sama. 1malaysia patut 'tolak' org tua ni tp Anwar mmg kamcheng dg dia...'wayang' konon nak suruh anwar taubat...porah chit!
ReplyDelete