Skip to main content

Tee Beng cabar Ramasamy, Jeff Ooi ke SPRM hari ini

PULAU PINANG 11 Feb. - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng mencabar Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy dan Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri, Jeff Ooi mengemukakan bukti dirinya terlibat dalam proses tender Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang (PDC).

Beliau turut mengajak kedua-dua pemimpin DAP itu membawa bersama 'bukti' tersebut ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pukul 4 petang esok.

''Mereka kata macam-macam mengenai saya di media sebelum ini, saya diam sahaja, tetapi kali ini saya mahu jemput mereka secara terbuka untuk bersama-sama membuat laporan kepada SPRM.

"Saya akan tunggu mereka dari pukul 4 hingga 5 petang esok," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Jeff yang juga Ahli Parlimen Jelutong pada sidang akhbar 1 Februari lalu menyifatkan Tee Beng dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkongsi masalah kekecewaan politik sehingga mengeluarkan kenyataan negatif mengenai Ketua Menteri, Lim Guan Eng melalui media.

Beliau mendakwa kedua-dua pemimpin PKR terbabit cuba memecah-belahkan kerjasama pakatan pembangkang di negeri ini dengan melakukan serangan peribadi terhadap Guan Eng kerana tidak dapat apa yang diinginkan.

Jeff juga mendakwa Tee Beng kecewa kerana cadangan parti bagi dirinya menjadi Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan campur tangannya dalam proses tender PDC untuk mendapatkan lot rumah kedai bagi seorang saudara maranya tidak dipenuhi.

Sementara itu, Jeff ketika dihubungi berkata, pelawaan Tee Beng itu adalah sebahagian daripada sandiwara sekali gus meminta beliau membuat penjelasan berhubung perkara yang dibangkitkannya dan Ramasamy sebelum ini.

''Sehingga hari ini beliau langsung tidak menafikan perkara itu.

''Sekali lagi saya hendak tanya betul atau tidak Tee Beng ada guna kuasa sebagai Ahli Parlimen untuk campur tangan dalam tender PDC," katanya tanpa mengesahkan sama ada akan menerima jemputan Tee Beng atau tidak. - Utusan

Comments

  1. lepaih ni, dia ni pulak keluaq PKR...tguuuu!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...