Skip to main content

Ini yang buat pembangkang menangis : PM's walkabout tinjau Festival Kraf

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menterjemahkan keprihatinannya terhadap masa depan industri kraf tangan negara dengan mengadakan tinjauan mesra ke Festival Kraf yang dianjur bersempena Hari Kraf Kebangsaan 2010.

 NAJIB Tun Razak diiringi Rosmah Mansor mencuba pakaian yang diukur oleh Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Mohd. Kamil Mohd. Ali ketika melawat ke Pameran Hari Kraf Kebangsaan 2010 di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur, semalam. Turut menyambut Perdana Menteri, Dr. Rais Yatim (kiri).

Perdana Menteri tiba di Kompleks Kraf Kuala Lumpur di Jalan Conlay yang menjadi lokasi festival itu kira-kira pukul 3 petang bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketibaan mereka disambut Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Masnah Rais serta Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Kamaruddin Siaraf.

Perdana Menteri dan isteri kemudian meluangkan masa lebih sejam untuk melawat galeri pameran dan jualan kraf tangan antaranya produk hasil rimba, tekstil, seramik, rotan dan aneka kraf.

Pada kunjungan mesra itu, mereka berdua berkesempatan membeli beberapa produk kraf antaranya baju batik dan perhiasan dalam rumah seperti pasu seramik.

Perdana Menteri juga dilihat mencuba sebuah kerusi malas rotan yang dipamerkan manakala Rosmah pula menunjukkan minat yang mendalam terhadap kuih-muih tradisional.

Kehadiran Perdana Menteri dan isteri turut mencuri perhatian para pengusaha kraf tangan dan orang ramai yang tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan merakamkan gambarnya.

Festival Kraf itu dijadualkan berlangsung sehingga 8 Mac ini dan dibuka bermula pukul 10 pagi hingga 8 malam kecuali Jumaat dan Sabtu yang dilanjutkan sehingga 10 malam.

Selain festival berkenaan, turut mengisi sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2010 adalah program Promosi Kraf Malaysia di pusat beli-belah AEON Jusco Alpha Angle, Great Eastern Mall Kuala Lumpur dan Pasar Seni bermula 9 hingga 24 Mac.

Promosi yang sama juga berlangsung di beberapa buah hotel terkemuka di sekitar ibu negara antaranya JW Mariot, Prince Hotel & Residence, Hotel Istana, The Royale Chulan dan Grand Season bermula 13 hingga 24 Mac. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...