Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Monday, February 15, 2010

Gesaan Ahli Parlimen Australia biadap

KOTA BELUD: Naib Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan gesaan 50 Ahli Parlimen Australia supaya kerajaan menggugurkan tuduhan liwat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai biadap.

Beliau menegaskan, Malaysia bukan budak suruhan Australia dan negara ini mempunyai kedaulatan undang-undang serta institusi kehakiman yang bebas daripada pengaruh mana-mana pihak, termasuk kerajaan.

"Mereka mungkin boleh memberi pendapat tetapi untuk meminta kerajaan menggugurkan dakwaan kes berkenaan adalah tindakan biadap,” katanya pada sidang media selepas majlis pembayaran elaun sara hidup nelayan Persatuan Nelayan Kota Belud, di Dewan Tun Said, di sini semalam. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...