Skip to main content

Anwar mahu alih perhatian

KUALA LUMPUR 18 Jan. – Sasaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ‘menawan Putrajaya’ merupakan permainan politik terbaru beliau untuk mengalih perhatian rakyat daripada perbicaraan kesnya di mahkamah.

Pensyarah Politik dan Pentadbiran Awam Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, perbicaraan kes liwat Anwar di mahkamah amat merunsingkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.


Menurutnya, sasaran terbaru Anwar itu dilihat sebagai strategi politiknya untuk menutup atau mengelak perhatian rakyat terhadap perbicaraan kes liwatnya yang akan bermula 25 Januari ini.

“Sasaran itu telah dirancang sejak pilihan raya umum yang lepas dan setakat ini usaha beliau masih belum cukup kuat untuk membentuk sebuah kerajaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan terbaru Ketua Pembangkang itu mengenai sasarannya untuk ‘menawan Putrajaya’ pada pilihan raya umum akan datang, selepas gagal berbuat demikian pada 16 September 2008.

Ahmad Atory berkata, pembangkang semakin bimbang dengan perkembangan positif yang ditunjukkan UMNO seperti pengenalan program Juara Rakyat yang kian mendapat perhatian di kalangan rakyat.


Sementara itu, Pensyarah Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, hasrat Anwar untuk ‘menawan Putrajaya’ merupakan salah satu perancangan politiknya yang masih belum tercapai.

“Ia hanya untuk mengalih perhatian dan membina sokongan rakyat setelah strategi politik beliau semakin merosot,” katanya.

Dalam pada itu, penganalisis politik, Profesor Madya Dr. Mohamad Agus Yusoff menyifatkan perancangan Anwar untuk ‘menawan Putrajaya’ sebagai angan- angan kosong. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...