Skip to main content

Anwar cipta isu baru menjelang 25 Januari?


KUALA LUMPUR 15 Jan. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diramal mencipta satu lagi isu baru menjelang tarikh perbicaraan kes tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 25 Januari ini.


Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Azwanddin Hamzah yang membuat dakwaan itu berkata, isu baru memburukkan kepimpinan kerajaan bertujuan mengalihkan perhatian rakyat terhadap perbicaraan kes berkenaan.

"Saya tidak terkejut jika muncul satu lagi isu baru yang menyerang kepimpinan kerajaan termasuk Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan kemudian mangsa serangan diberi label negatif tertentu sebelum 25 Januari ini.

"Taktik sebegini pernah dibuat sewaktu perbicaraan kesnya pada 1998 dengan menyerang dan melabelkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sebagai 'Mahafiraun' dan 'Mahazalim', akhirnya rakyat lebih banyak bercakap tentang dua label itu berbanding perjalanan kes," katanya yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azwanddin yang pernah berkhidmat di akhbar rasmi PKR, 'Suara Keadilan' dan memegang jawatan Ketua AMK Wilayah Persekutuan mendakwa 'masak' dengan pelbagai isu ciptaan Anwar.

Ia termasuk yang dilancarkan dari dalam penjara mengenai penggunaan racun arsenik kononnya untuk membunuhnya.
Katanya, semua anggota AMK diarah terus memainkan isu arsenik tersebut bagi menggoncang sentimen rakyat.

"Tapi sampai hari ini dia masih sihat, kalau sudah diracun arsenik pasti lain ceritanya," tegas Azwanddin.

Dalam pada itu Azwanddin mengemukakan beberapa isu yang diolah Anwar untuk mengabui mata masyarakat termasuk penubuhan kerajaan pakatan pembangkang pada 16 September 2008 dan serangan terhadap Biro Tatanegara (BTN).

Dakwanya, isu 16 September dicipta bagi mengalihkan perhatian terhadap pertentangan pendapat di kalangan PKR negeri berhubung kerjasama dengan parti pembangkang lain.

Sementara itu, isu BTN pula untuk mengalihkan perhatian masyarakat menjelang sebutan kes liwatnya.

"Bagaimanapun saya tidak pelik dengan sikap masyarakat untuk mempercayai apa jua penipuan Anwar.

"Ini kerana semua isu itu direka mengikut selera sekumpulan besar masyarakat yang sememangnya tidak berpuas hati dengan kerajaan," katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...