Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Saturday, January 9, 2010

Percepat siasatan jutawan dapat 'habuan lebih' dari PMBK

KOTA BHARU 8 Jan. _ Pemuda UMNO Kelantan mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepatkan siasatan terhadap dakwaan mengenai seorang ahli perniagaan di negeri ini yang dikatakan memperoleh habuan berlebihan daripada konsesi pembalakan.

Ketuanya, Anuar Safian berkata, selain mempercepatkan siasatan itu, SPRM juga perlu memaklumkan kepada umum perkembangan siasatan isu salah guna kuasa yang berlaku dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) baru-baru ini.

"Kami berharap SPRM Kelantan perlu memberi penegasan dan menyiasat segera kes-kes yang dilaporkan ini kerana ia adalah kehendak rakyat.

"Kalau betul siasatan sedang dijalankan, dedahkan perkembangannya dan jangan dibiarkan senyap kerana ia boleh membawa persepsi bahawa SPRM tidak melakukan kerja mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan seorang aktivis kebudayaan, Zaidi Yaacob membuat laporan kepada SPRM berkenaan penyalahgunaan kuasa seorang jutawan yang dipercayai mempunyai pengaruh kepada kerajaan negeri Kelantan.

Zaidi mendakwa menerima maklumat berkenaan dalam satu risalah yang dihantar melalui pos kepadanya oleh individu tertentu.

Anuar berkata, SPRM tidak perlu menyembunyikan kes ini daripada orang ramai walaupun ia berkaitan dengan individu-individu penting di negeri ini.

"Kalau betul ia kes berprofil tinggi, maka serahkan sahaja kepada SPRM di Putrajaya untuk menyelesaikannya supaya ia lebih telus dan tidak memilih bulu," ujarnya. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...