Skip to main content

Pergeseran Antara PKR Dan DAP Sudah Lama Berlaku - Kata BN Pulau Pinang

PULAU PINANG, 29 Jan (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang melihat pertelingkahan antara pemimpin DAP dan Parti Keadilan rakyat (PKR) di negeri itu sudah lama berlaku sejak pakatan pembangkang mengambil alih teraju pentadbiran kerajaan negeri daripada BN selepas pilihan raya umum 2008.

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan berkata gabungan pembangkang merupakan perkahwinan yang mempunyai kepentingan untuk memenuhi hasrat pemimpinnya dan bukan untuk kebaikan parti lebih-lebih lagi rakyat.

"Mereka (pembangkang) kini telah menampakkan belang mereka yang sebenar dan sudah terdapat tanda-tanda berlaku keretakan dalam pakatan ini," katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Teng mengulas mengenai kenyataan pedas yang dikeluarkan oleh bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang antara lain menyifatkan Ketua Menteri Lim Guan sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.

Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri yang mewakili Umno, Datuk Azhar Ibrahim berkata beliau percaya Zahrain yang juga Anggota Parlimen Bayan Baru telah lama memendam rasa sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Saya diberitahu bahawa pemimpin PKR dan PAS tidak mempunyai kuasa untuk melahirkan pandangan mereka dalam mesyuarat exco kerajaan negeri," katanya.

Beliau sedih kerana PKR dan PAS yang mewakili orang Melayu di Pulau Pinang tidak mempunyai kuasa dan pengaruh di dalam kerajaan negeri.

"Kerajaan Pulau Pinang hanya ditadbir oleh seorang pemimpin sementara yang lain tidak dibenarkan memberi sebarang pendapat terhadap kenyataan Lim," katanya.

Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon pula berkata Zahrain bertindak demikian hanya kerana mahu partinya diberi peranan lebih besar dalam kerajaan negeri dan mahu menunjukkan kepada orang Melayu bahawa PKR membuat kerja untuk rakyat.

"Mereka (PKR) mahukan bahagian yang lebih besar dalam pentadbiran kerajaan negeri yang diketuai DAP dan ini juga merupakan sebahagian daripada tindakan mereka untuk membuktikan kepada pengundi mereka bahawa mereka membuat kerja," kata Eng. -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T