Skip to main content

Kerana Laporan Polis Terhadap Khalid : PKR putuskan nasib Zulkifli Nordin esok

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Wujud dua senario berbeza ekoran tindakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) yang membuat laporan polis mendakwa Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad terus mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan menghina agama Islam.


Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menentukan nasib Zulkifli sama ada akan dikenakan tindakan disiplin atau sebaliknya dalam mesyuarat khas parti itu yang akan diadakan pada Selasa ini.

Sementara Pas pula melalui Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan tindakan Zulkifli itu sebagai tidak elok dan tidak manis seolah-olah seperti sengaja mengangkat bola tanggung untuk direjam oleh pihak lawan.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, satu mesyuarat Biro Politik Khas akan diadakan pada pukul 12 tengah hari, Selasa ini di Ibu Pejabat PKR bagi membincangkan tindakan Zulkifli itu.

"PKR akan kendalikan kes Zulkifli ini mengikut saluran parti, sebab itu mesyuarat itu akan diadakan, sebarang keputusan bersabit dengan beliau akan diputuskan dalam mesyuarat itu nanti," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang diminta mengulas mengenai tindakan Zulkifli yang semalam membuat laporan polis mendakwa Khalid terus mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan menghina agama Islam.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Jalan Masjid India di sini, kira-kira pukul 5.30 petang.

Zulkifli dalam laporannya itu turut melampirkan kenyataan Khalid dalam satu artikel bertajuk 'Enakmen larang kalimah Allah ketinggalan zaman' yang disiarkan laman portal Malaysiakini, kelmarin.

Dalam artikel tersebut, Khalid dipetik sebagai menyatakan, enakmen agama Islam yang melarang pengunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman.

Zulkifli menyifatkan kenyataan Khalid dalam artikel itu sebagai berunsur hasutan dan menghina Sultan Selangor dan Dewan Undangan Negeri itu serta menghina umat Islam secara umumnya.

Mengulas isu sama, Tuan Ibrahim berkata, tindakan Zulkifli itu seperti menggambarkan bahawa pakatan pembangkang langsung tidak mempunyai mekanisme khusus kepada ahli parti komponennya membincangkan sebarang perkara berbangkit.

Sedangkan, tegas beliau, pakatan pembangkang telah mengeluarkan ketetapan sebelum ini bahawa sebarang perbezaan pendapat perlu dibincangkan secara musyawarah dan bukannya menggunakan saluran lain seperti media dan laporan polis.

"Kita mempunyai adab yang perlu dipatuhi iaitu setiap ahli parti komponen perlu menghormati pendirian dan perbezaan pendapat rakan lain yang juga berada dalam saf sama, walaupun ia tidak selari dengan pendirian kita.

"Langkah menggunakan media atau saluran lain bukannya menguntungkan pakatan pembangkang malah ia akan menambahkan lagi kekusutan terutama dalam isu perbezaan pendapat berhubung penggunaan kalimah Allah," katanya.

Tuan Ibrahim juga mempersoalkan laporan polis itu yang menyatakan Khalid menghina Sultan Selangor yang disifatkan sebagai tidak tepat dengan isu yang dibangkitkan oleh Zulkifli.

"Bagi saya isu menghina Sultan Selangor tidak timbul kerana baginda telah menitahkan Khalid untuk menghadap baginda. Jadi saya rasa tidak timbul lagi isu dikatakan Khalid menghina Sultan Selangor.

"Zulkifli ini ahli PKR jadi saya minta parti tersebut uruskan apa yang sepatutnya dilakukan terhadap beliau," katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T