Skip to main content

Niat Mengugut : Kereta Penulis Blog Kickdefella Dibaling Kapak

KOTA BAHARU, 11 Jan (Bernama) -- Kereta penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, yang sering mengkritik pelbagai pihak termasuk pentadbiran kerajaan negeri Kelantan dalam blognya, dibaling dengan kapak Ahad malam.


Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Zahruddin Abdullah berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.50 malam di kediaman penulis blog itu di Kampung Demit, dekat sini.

"Ketika kejadian mangsa dilaporkan berada di dalam rumahnya dan menyedari sesuatu berlaku di luar rumah sebelum keluar dan melihat cermin belakang kenderaan pelbagai guna (SUV) miliknya pecah," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan kecuali kerosakan kenderaan terbabit dan polis sedang menyiasat motif kejadian terbabit, katanya.

Beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil bagi membantu siasatan polis.

Sementara itu Syed Azidi yang ditemui di kediamannya berkata ketika kejadian beliau berada di dapur dan terdengar bunyi dentuman besi dan deraian kaca yang pecah.

"Saya kemudian menjenguk melalui tingkap dan melihat sebuah kenderaan sedang bergerak melepasi rumah saya menyebabkan saya menyangka berlaku kemalangan kenderaan lalu saya membuka pintu rumah untuk melihat," katanya.

Beliau berkata sebaik pintu dibuka, beliau melihat sebuah kenderaan yang sedang bergerak dari kawasan rumahnya membuat pusingan U dan menghala semula ke arah rumahnya.

"Saya perasan pemandu itu melihat saya dan membuat pusingan U sebelum memberhentikan kenderaannya beberapa meter dari rumah saya sebelum beredar," katanya.

Ditanya sama ada motif insiden terbabit berhubung kait dengan beberapa kenyataan lantang yang dikeluarkan melalui blognya, Syed Azidi berkata beliau tidak mahu membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan kepada polis untuk menyiasatnya. -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T