Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Tuesday, January 26, 2010

Kerana Islam, Melayu & Raja-Raja Melayu : Zulkifli Nordin dirujuk kepada Lembaga Disiplin PKR


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin, daripada Parti Keadilan Rakyat yang mencetuskan kontroversi apabila membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, daripada Pas, akan dirujukkan kepada Lembaga Disiplin PKR.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, berkata keputusan itu dibuat Biro Politik PKR dalam mesyuaratnya hari ini.

Katanya, lembaga itu diminta bersidang dalam tempoh tidak melebihi satu bulan bagi mengkaji, menyiasat aduan dan mendengar penjelasan Zulkifli berhubung tindakannya membuat laporan polis terhadap Khalid berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

"Lembaga disiplin terikat kepada keputusan yang berupa amaran, menggantung keahlian dan memecat keanggotaan," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di ibu pejabat PKR di sini.

Beliau berkata, sementara siasatan itu berjalan, Zulkifli tidak harus memberi sebarang kenyataan media bagi membolehkan proses ini diselesaikan mengikut saluran parti.

Anwar, ketika ditanya sama ada Zulkifli akan diminta menarik balik laporan itu, berkata tindakan Ahli Parlimen itu adalah tidak betul.

Beliau berkata, mesyuarat hari ini turut membincangkan isu peletakan jawatan Ahli Parlimen Indera Mahkota daripada parti itu, Azan Ismail, sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pahang.

Bercakap dalam sidang akhbar itu, Azan berkata peletakan jawatannya telah pun dimaklumkan lebih awal kepada Anwar. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...