KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan laman web rasmi politik beliau sempena Dialog Idealisme Generasi Muda anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini, semalam.
Laman web rasmi pertama yang dibangunkan itu khusus untuk Timbalan Perdana Menteri membentangkan aktiviti dan perjalanan perjuangan politiknya serta kemasyarakatan, selain berhubung dengan rakyat melalui media baru bagi mendapatkan pandangan umum yang boleh membantunya mewujudkan kesejahteraan sekali gus melonjakkan pembangunan agama, bangsa dan tanah air tercinta.
Laman web itu mempunyai ruang interaksi dua hala di antara Muhyiddin dengan rakyat dan boleh dilayari di http://www.my-malaysia.com.my, turut memuatkan koleksi ucapan dan liputan berita dalam dan luar negara mengenainya.
Muhyiddin berkata, laman web berkenaan adalah cara beliau berinteraksi dengan semua lapisan masyarakat menggunakan saluran komunikasi media sosial atau baru.
"Hari ini, saya lancarkan laman web peribadi sebagai wadah untuk kita berkomunikasi. Saya berharap semua pihak akan menggunakan laman web ini untuk kita memberikan pandangan secara langsung mengenai apa saja isu," katanya pada ucapan perasmian laman web serta sesi dialog itu, semalam.
Hadir sama ialah Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Senator Heng Seai Kie, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, Datuk Fuad Hassan dan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya.
Muhyiddin berkata, penubuhan laman web itu juga sebagai usaha untuk mendekati dan berinteraksi dengan dengan anak-anak muda dengan menerima pandangan dan kritikan mereka.
"Anak muda sekarang inginkan kerajaan yang telus, dalam erti kata lain menjelaskan dan menjawab apa saja isu yang dibangkitkan (dan) kerajaan komited untuk berbuat demikian. Dan untuk itu, kita akan terus mendekati anak-anak muda melalui media sosial," katanya.
Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak aktif berinteraksi melalui laman web 1Malaysia, Twitter dan Facebook dan anggota Kabinet juga diminta berinteraksi dengan rakyat melalui saluran media sosial," katanya. - Berita Harian

Comments
Post a Comment