Skip to main content

Nik Aziz berang dengan laporan media isu 'cah keting'

KOTA BHARU 22 Jan. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berang dengan laporan berlakunya 'cah keting' atau cantas-mencantas dalam Pas sebagaimana yang tersiar dalam media minggu ini.

Mursyidul Am Pas itu dalam nada yang keras menegaskan yang beliau tidak pernah berniat untuk menyebut amalan itu berlaku dalam Pas.


Sebaliknya, beliau mengatakan 'cah keting' wujud di semua peringkat dalam masyarakat termasuk di dalam parti lain.

Katanya, laporan media yang hanya mengaitkan 'cah keting' dengan Pas adalah tindakan yang bersifat 'khianat'.

"Cah keting tak semesti ada dengan Pas, tidak ada niat sedikit habuk saya sebut Pas ni ada cah keting.

"Cah keting ni, laki bini ada cah keting, kenapa tuju kepada Pas sahaja, laki bini cerai sebab cah keting lah, bini nama Limah, ngorat Mek Jenab, akhir jadi cerai, cah keting lah tu orang panggil. (Media) tak sebut.

"Dalam syarikat kongsi empat, lima orang lama-lama bankrap, kerana apa, ada seorang cah keting, (tetapi) tidak sebut pun, sebut-sebut Pas," katanya ketika menyampaikan kuliah mingguan di pekarangan Pejabat Badan Perhubungan Pas Negeri di sini hari ini.

Minggu lalu Mingguan Malaysia melaporkan kenyataan Nik Abdul Aziz tentang budaya 'cah keting' sehingga menimbulkan kepincangan dalam parti itu.

Mursyidul Am Pas itu memberi contoh cah keting yang berlaku di antara anak Nabi Adam, Qabil dan Habil sehingga menyebabkan Habil terbunuh di tangan abangnya akibat memuja nafsu.

Jawapan tersebut diberikannya ketika wartawan menyoal adakah beliau membacakan doa untuk dilindungi daripada budaya 'cah keting' kerana ia telah berlaku sehingga menimbulkan kepincangan dalam Pas.

Berikutan laporan tersebut, beberapa pimpinan Pas turut mengakui wujudnya budaya itu antaranya Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hasan Tantawi, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dan Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd. Shahir.

Walaupun tidak menafikan doanya tentang 'cah keting' itu, Nik Abdul Aziz berkata, kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak juga disebabkan oleh 'cah keting'. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T