Skip to main content

Penolong pegawai nafi rasuah

 
NORHANIZATUAZWIN didakwa terima RM10,000 
di Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM: Seorang penolong pegawai daerah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam atas dakwaan menerima suapan RM10,000 sebagai balasan meluluskan permohonan tempoh permit bagi kebenaran khas untuk mengalih batuan, Mac tahun lalu.

Norhanizatuazwin Samsuni, 29, didakwa melakukan perbuatan itu mengikut Sesyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), sebagai Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat, secara rasuah memperoleh suapan iaitu bayaran peringkat 2(a) dan sebahagian daripada peringkat 2(b) untuk rumah beralamat C-4-25, Rumah Pangsa Kajang Impian berjumlah RM10,000.

Kesalahan yang dilakukan di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi itu untuk meluluskan permohonan Tempoh Permit bagi kebenaran khas menggali bahan atau batuan (mendapan kelodak atau tanah merah) di tanah PN8602, Lot 7705 Mukim Hulu Langat, 5 Februari 2009.

Norhanizatuazwin juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan iaitu secara rasuah bersetuju menerima bagi dirinya suapan bayaran peringkat 2(a) dan sebahagian daripada peringkat 2(b) bagi rumah sama RM10,000 untuk tujuan sama.

Tertuduh didakwa menerima dan bersetuju menerima suapan berkenaan daripada seorang pengarah syarikat yang bergelar Datuk dan boleh dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi, bagi kesalahan utama.

Bagi pertuduhan pilihan, tertuduh boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali. Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 12.30 tengah hari 17 Mac 2009. 

Hakim Mat Ghani Abdullah benarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Februari ini tarikh sebutan untuk lantikan peguam. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...