Skip to main content

Tangan ghaib bantu Azmin?

KUALA LUMPUR 22 Jan. - Spekulasi pengunduran Senator Dr. Syed Husin Ali daripada jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan akan datang, didakwa bertujuan memberi laluan kepada Azmin Ali untuk menduduki kerusi nombor dua dalam parti itu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim mendakwa, spekulasi itu mula diperkatakan pada pertengahan bulan ini sewaktu cabang-cabang PKR di seluruh negara bersiap sedia untuk membuat pencalonan bermula Mac ini.


Dakwanya, memandangkan masa semakin suntuk untuk calon-calon lain mendapatkan sokongan daripada peringkat cabang, sudah tentu Azmin yang telah turun bertemu ahli di peringkat akar umbi atas kapasitinya sebagai Naib Presiden akan mendapat kelebihan.

"Saya dapat rasakan ada tangan-tangan ghaib yang cuba memudahkan Azmin mengambil alih jawatan Timbalan Presiden.

"Sedangkan calon-calon lain yang berpotensi seperti Datuk Zaid Ibrahim telah 'disibukkan' dengan tugas pendaftaran pakatan pembangkang manakala Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula 'diserang' dengan pelbagai isu di Selangor dan Cabang PKR Kuala Selangor," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebuah portal berita propembangkang, The Malaysian Insider pada 10 Januari lalu melaporkan Syed Husin sudah memutuskan untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR.

Bagaimanapun laporan itu dinafikan oleh beliau sehari selepas itu namun mengakui menunjukkan sikap ingin berundur secara perlahan-lahan bagi memberi ruang kepada orang lebih muda mengambil alih tempatnya.

Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana dituduh akan mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada seseorang yang telah berjasa dalam pelantikannya sebagai Senator.

Pada pemilihan PKR 2007, Syed Husin mempertahankan jawatan itu tanpa dicabar selepas Azmin yang disebut-sebut akan menentangnya, menarik diri.

Sementara itu, Zamil mendakwa, strategi licik tersebut adalah bagi memenuhi kehendak Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan Azmin dilantik sebagai Timbalan Presiden.

Sehubungan itu beliau mendesak Syed Husin menyatakan pendirian sebenar bagi memudahkan cabang-cabang PKR membuat pencalonan. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...