Skip to main content

Wang ihsan Kelantan RM20j dan Ibrahim Cabar Pas Untuk ke Mahkamah

KOTA BHARU 27 Jan. - Rakyat Kelantan bakal menerima wang ihsan kira-kira RM20 juta selewat-lewatnya pada Mac ini hasil daripada perbincangan antara Kerajaan Pusat dengan syarikat petroleum negara, Petronas.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed (gambar) berkata, ia merupakan nilai lima peratus daripada jumlah keseluruhan hasil gas yang dikeluarkan di Medan Bumi Selatan, Blok PM 301 berdekatan perairan Kelantan sejak Mei 2008.

Beliau berkata, wang tersebut akan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebelum diagihkan selepas jawatankuasa wang ihsan bermesyuarat dan menentukan jenis projek yang akan dilaksanakan.

"Ingin saya jelaskan bahawa jumlah tersebut melibatkan pengeluaran gas di Blok PM 301 sahaja manakala bagi Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia Thailand (MTJDA) yang diusahakan sejak tahun 1979, Kelantan tidak berhak berdasarkan undang-undang laut di bawah konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Hasil yang diperoleh dan dikongsi bersama hanyalah sebanyak RM800 juta dan ini perlu dijelaskan hasilnya tidak boleh diberikan kepada Kelantan kerana ia merupakan kawasan pertindihan tuntutan dua negara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Forum Wang Ihsan yang bertajuk Antara Retorik Politik dan Keperluan Rakyat di sini, malam tadi.

Forum yang turut disertai Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali itu dihadiri kira-kira 5,000 orang yang datang dari seluruh negeri ini.

Mustapha yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata, memandangkan jumlah wang ihsan yang tidak begitu besar, pihaknya merancang untuk menjalankan beberapa projek sahaja.

"Saya berpendapat duit ini hanya untuk satu dua projek sahaja kerana ia tidak begitu besar, antara projek yang mungkin kita laksanakan ialah untuk pendidikan atau membantu orang- orang susah.

"Disebabkan itu kita menjemput wakil dari kerajaan negeri untuk duduk bersama tetapi mereka menolak, bagaimanapun ia tidak memberi sebarang kesan dan ia akan diteruskan juga," katanya.

Pas diminta bawa ke mahkamah

KOTA BHARU 27 Jan. – Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali memberi tempoh sebulan kepada kerajaan negeri pemerintahan Pas ini untuk membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah sekiranya mereka benar-benar mahu membela rakyat.

Jika kerajaan yang ditunjangi Pas itu enggan berbuat demikian, beliau sendiri akan memfailkan kes tersebut di mahkamah atas kapasiti rakyat Kelantan yang mahu menuntut hak mereka.

Beliau berkata, ia bagi membuktikan sikap sebenar kerajaan Kelantan yang takut untuk membawa isu itu ke mahkamah kerana sejak awal lagi tahu tuntutan tersebut tidak mempunyai asas undang-undang.

“Sebelum ini saya bersama dengan beberapa pemimpin lain dituduh tidak membela rakyat Kelantan kerana tidak menyokong tuntutan royalti,” katanya ketika menjadi panel kedua Forum Wang Ihsan, ‘Antara Retorik Politik dan Keperluan Rakyat di sini malam tadi. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T