Skip to main content

Anwar mungkin pohon penangguhan lagi : Perbicaraan kes liwat Anwar, pihak pendakwaan bersedia untuk Selasa ini

KUALA LUMPUR: Selasa ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya perbicaraan kes liwatnya ditangguhkan, manakala pihak pendakwaan pula bersiap sedia untuk memulakan perbicaraan kes itu pada hari yang sama.

Sama ada perbicaraan yang sudah beberapa kali tertangguh dan ditunggu-tunggu itu akhirnya akan bermula, bergantung kepada keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang terlebih dahulu akan mendengar permohonan Anwar bagi penangguhan.

Dalam permohonannya yang difailkan hanya lima hari lalu sebelum penetapan tarikh perbicaraan itu, Anwar berkata, kes itu perlu ditangguhkan sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadapnya.


Mahkamah Rayuan masih belum menetapkan tarikh bagi pendengaran rayuan itu.

Pada 1 Dis tahun lalu, Hakim Mohamad Zabidin menolak permohonan Anwar dan menetapkan sebulan dari 25 Jan bagi perbicaraan.

Namun, perbicaraan itu ditangguhkan ke 2 Februari oleh Mahkamah Persekutuan sementara menunggu keputusan sama ada membenarkan permohonan Anwar bagi pihak pendakwaan membekalkan dokumen kepadanya bagi membuat persediaan pembelaannya.

Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu menolak permohonan Anwar.

Berikutan itu, Selasa ini tumpuan beralih semula ke Mahkamah Tinggi Jenayah 3 di Tingkat 5, Kompleks Mahkamah Jalan Duta apabila Hakim Mohamad Zabidin mendengar permohonan Anwar untuk menangguhkan prosiding.

Sebelum ini, Hakim Mohamad Zabidin, menetapkan 1 Julai hingga 24 Julai, 2009 untuk perbicaraan tetapi ditangguhkan selepas beberapa permohonan dikemukakan oleh Anwar yang pertama kali dihadapkan ke mahkamah bagi pertuduhan itu pada 7 Ogos 2008.

Ia susulan laporan polis yang dibuat oleh bekas pembantunya yang berumur 23 tahun, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa Anwar meliwatnya.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang kini berusia 63 tahun dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Ia adalah kali kedua Anwar menghadapi pertuduhan liwat.

Pada 2000, beliau dituduh meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau disabitkan oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000, tetapi dibebaskan pada September 2004 selepas menghabiskan hampir enam tahun di penjara selepas Mahkamah Persekutuan menggugurkan sabitan dan mengenepikan hukuman penjara itu.

Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dituduh meliwat Azizan antara Januari dan Mac 1993 di apartmen Sukma di sini.

Kali ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, ketika dihubungi, berkata pasukannya telah membuat persediaan rapi tanpa mengira sama ada perbicaraan itu diteruskan atau ditangguhkan.

Beliau akan dibantu lima Timbalan Pendakwa Raya iaitu Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin dan Shamsul Sulaiman.

Anwar juga telah menghimpunkan sekumpulan 13 peguam untuk membelanya.

Mereka ialah peguam bela utama Raja Aziz Addruse, Datuk Param Cumaraswamy, Karpal Singh, Datuk C V. Prabakharan, S N Nair, Wan Anuar Shadat, R Sivarasa, Leela Jesuthasan, Edmund Bon, Saiful Idham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya dan Mohd Radzlan Jalaludin. - Berita Harian


Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...