Skip to main content

MB Selangor bertegas rampas tanah milik YBK


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertegas untuk merampas tanah seluas 526 hektar bernilai RM540 juta di Serendah, Rawang, milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) jika yayasan itu enggan membenarkan Kerajaan Selangor campur tangan dalam urusan operasi dan pentadbirannya.

Beliau berkata, tanah yang dirancang untuk pembangunan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu akan diberikan kepada yayasan lain yang sanggup bekerjasama dengan kerajaan negeri.

"Dalam mesyuarat sebelum ini, kerajaan negeri memutuskan untuk menyerahkan tanah itu bagi projek pembangunan YBK, walaupun rekod menunjukkan yayasan mempunyai cukai tertunggak RM5 juta sejak 2001.

"Bagaimanapun, disebabkan kegagalan YBK menjelaskan kepada kerajaan negeri bagaimana aset itu ditadbir dan diuruskan, selain penjelasan bagaimana hasil keuntungan pembinaan UiTM itu dapat disalur kepada rakyat Selangor, maka kerajaan bukan saja akan membekukan pembinaan pusat pengajian itu, tetapi akan mengambil semula tanah itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis Riben Kedamaian, Keharmonian dan Kasih Sayang anjuran Persatuan Penduduk Bandar Utama (BURA) di One Utama, dekat sini, semalam.

Abdul Khalid berkata, perancangan membina kampus universiti itu hanya akan diteruskan jika YBK bersedia mengikut syarat kerajaan negeri, termasuk membenarkan campur tangan dalam pengurusan yayasan itu.
"Kerajaan negeri menetapkan YBK perlu memperincikan siapa yang bertanggungjawab mengenai sebarang projek dirancang, sumber bantuan serta pembiayaan yayasan itu. Jika syarat ini dipenuhi, kerajaan bersedia menyelesaikan sebarang isu berkaitan tanah itu," katanya.

Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 20 Oktober lalu menetapkan Menteri Besar perlu dilantik sebagai Pengerusi YBK, manakala seorang lagi wakil kerajaan negeri dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah dengan portfolio kebajikan, namun sehingga kini tiada maklum balas positif daripada yayasan itu.

Sementara itu, Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom ketika dihubungi semalam, berkata tanah itu adalah hak milik syarikat Permodalan YBK dan sudah mempunyai geran.

"Syarikat sudah menjelaskan cukai premium tanah sejak mengambil alih pada 1997 dan jika kerajaan negeri mahu mengambil balik tanah berkenaan mereka perlu melakukan proses pengambilan semula tanah," katanya.
Cukai tertunggak RM5 juta itu katanya, adalah cukai hasil tahunan yang tidak dijelaskan lagi kerana kawasan itu belum dibangunkan.

Beliau menyifatkan tindakan terbaru kerajaan negeri itu merugikan rakyat Selangor kerana pembangunan tidak dapat dijalankan di kawasan itu dan menafikan hak rakyat untuk menikmati kemakmuran ekonomi dan mendapat peluang pekerjaan daripada projek pembinaan UiTM. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...