Skip to main content

Hadi ditawarkan jadi Ketua Pembangkang - Auta terbaru Anwar

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan mahu menyerahkan jawatan Ketua Pembangkang yang kini disandangnya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Langkah itu didakwa bertujuan mendapatkan semula sokongan ahli-ahli Pas terhadap perjuangan Anwar ekoran timbul dua isu utama iaitu pendiriannya terhadap penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian selain perbicaraan kes liwatnya.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, bagi membolehkan perkara itu berlaku, Anwar akan mengarahkan beberapa ahli Parlimen Melayu dari PKR menyertai Pas.

"Jika ini benar, saya amat berharap Abdul Hadi tidak terperangkap dan tertipu dengan tawaran tersebut kerana Anwar merupakan jenis manusia yang sanggup melakukan apa sahaja demi cita-cita politiknya.

"Saya juga amat berharap Abdul Hadi memikirkan semasak-masaknya tentang perkara ini kerana pendirian Anwar terhadap isu penggunaan nama Allah oleh Kristian telah mengguris hati serta menimbulkan kemarahan umat Islam termasuk ahli-ahli Pas sendiri,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 5 Januari lalu, parti yang dipimpin oleh Anwar itu tampil dengan kenyataan bahawa keinginan rakyat bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah satu perkembangan positif dan perlu diterima secara terbuka serta dengan lapang dada.

Pendirian Anwar itu bukan satu perkara baru apabila beliau pernah menyatakannya ketika berkempen pada pilihan raya kecil di Batang Air, Sarawak, April tahun lalu.

Pada kempen tersebut, Anwar berkata, tidak salah untuk penganut agama lain menyebut nama Allah kerana ia adalah hak agama masing-masing.

Muhammad Zahid berkata, sejak Anwar menyatakan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian, sebahagian besar ahli Pas kini meragui kewibawaan Anwar sebagai "seorang pemimpin Islam sejati".

"Pendirian Anwar itu benar-benar menyentak ahli-ahli Pas kerana para ulama termasuk pemimpin mereka seperti Datuk Dr. Haron Din dengan tegas menyatakan mereka yang sokong bukan Islam guna kalimah Allah boleh membawa kepada kekufuran.

"Mahu tidak mahu gelora itu perlu ditamatkan kerana ia akan memberi kesan kepada masa depan PKR dan antara langkah untuk menyelamatkannya, Anwar bakal menawarkan jawatan Ketua Pembangkang kepada Abdul Hadi,'' katanya.

Muhammad Zahid turut menegaskan, isu liwat yang dihadapi Anwar juga menjadi salah satu faktor sokongan ahli-ahli Pas terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu semakin terhakis.

"Saya mendapat maklumat bahawa road show AMK untuk memberi penerangan mengenai kes liwat Anwar kurang mendapat sambutan khususnya dalam kalangan penyokong Pas.

"Oleh itu, mereka amat memerlukan bantuan Pas bagi menjayakan program itu. Jika hendak diharapkan jentera AMK semata-mata, mereka sukar untuk menjayakan road show tersebut,'' katanya lagi. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...