Skip to main content

'Usah percaya khabar angin' - Ketua Polis Negara


SMS, laporan palsu boleh cetus ketegangan

KUALA LUMPUR: Polis mengingatkan orang ramai tidak percaya kepada khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu dan laporan blog tertentu yang sengaja disebarkan bagi membangkitkan sentimen keagamaan dan menimbulkan rasa takut rakyat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, memberi amaran keras kepada penulis blog dan penyebar SMS palsu itu supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan keselamatan. Katanya, perbuatan menerbit dan menyiarkan provokasi, menyebarkan khabar angin mengenai isu kalimah Allah dan cubaan membakar tiga gereja harus dihentikan segera kerana dikhuatiri mencetuskan ketegangan kaum di negara ini. 

"Kita sedang memantau beberapa laman blog yang dikenal pasti menjadi 'batu api', termasuk mempengaruhi orang ramai menyertai perhimpunan (haram) atau sebarang aktiviti yang boleh merumitkan keadaan.

"Justeru, saya mahu semuanya dihentikan kerana implikasinya cukup besar kepada ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya pada sidang media bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Bukit Aman, semalam.

Musa juga memberi amaran tidak akan teragak-agak untuk menahan mana-mana pengendali blog atau penyebar SMS palsu jika mereka masih berdegil dan enggan mematuhi amarannya.
ORANG ramai mengadakan protes bantahan penggunaan kalimah Allah selepas solat Jumaat di Masjid Negara, semalam.

"Saya sendiri menerima SMS daripada seseorang pada jam 4.34 petang ini (semalam). SMS itu berbunyi: 'Tolong jangan simpan tasbih dan artikel keagamaan (Kristian) dalam kereta anda... mereka memecahkan kereta... bermula di Bangsar, bantahan masih berjalan dan bergerak ke Shah Alam.'

"Saya sedang menyiasat SMS ini kerana ia menimbulkan perasaan takut," katanya meminta sesiapa yang menerima SMS seperti itu agar tidak mempercayainya dan membuat laporan polis.

"Sudah banyak kali saya cakap, isu ini membabitkan hal agama dan ia sangat sensitif. Bagaimanapun, masih ada pihak yang terus memainkan isu ini. Ini perbuatan yang berbahaya dan tidak boleh dibiarkan," katanya.

Beliau turut menafikan laporan media asing mengenai sebuah lagi gereja dilempar bom petrol di Kampung Melayu Subang, dan menganggapnya khabar angin yang disebarkan pihak tertentu untuk menghuru-harakan negara.
"SMS itu tidak betul... saya pun dapat. Mengikut laporan diterima polis setakat ini hanya tiga gereja terbabit. SMS itu sedang disiasat, termasuk pengirim asalnya untuk dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan," katanya.

Musa berkata, mereka yang terbabit dalam kejadian melempar bom petrol itu boleh dikenakan hukuman berat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan bahan api atau letupan dan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Katanya, Bukit Aman juga sedang mengenal pasti kemungkinan kejadian ini didalangi kumpulan tertentu yang sengaja mahu mencetuskan ketegangan di Malaysia.

"Kita tidak akan kompromi terhadap sesiapa saja yang cuba mengancam keselamatan negara, malah siapa pun di belakang mereka, kita tidak akan beri pengecualian," katanya yang turut mengarahkan semua masjid dan gereja di seluruh negara diawasi 24 jam sebagai langkah berjaga-jaga.

Musa berkata, setakat petang semalam polis belum membuat sebarang tangkapan. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...