Skip to main content

Blogger minta ikat jamin dikurangkan

SEREMBAN: Seorang juruteknik komputer minta dibicarakan apabila dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar.

Tertuduh, Khairulnizam Abdul Ghani, 29, didakwa menghina dengan niat menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat dengan memuat naik di dalam blognya satu artikel bertajuk ‘Dah mampos buat cara mampos la’ oleh Aduka Taruna.

Kandungan artikel itu menyatakan, ‘Dah mampos buat cara mampos la. Boleh plak simpan mayat nak tunggu Datuk Bendahara balik dari shopping. Boleh meeting isytihar sedang terlentang. Pada hal dah mampos pagi tadi. Pergi mampos sama lu. Bodoh punya kerajaan spesis stupid.’

Khairulnizam didakwa melakukan kesalahan mengikut seksyen berkenaan di rumah beralamat 297, Rumah Rakyat Panchor, Paroi, antara jam 7.25 malam hingga 9.05 malam pada 22 Januari lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta yang sama, sabit kesalahan boleh didenda RM50,000 atau dipenjara satu tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Radzlan Jalaludin.

Masri memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM10,000 ke atas tertuduh berikutan kes itu agak serius, bagaimanapun Mohd Radzlan meminta dikurangkan.

Katanya, Khairulnizam baru berkahwin dan akan mengadakan majlis persandingan yang sepatutnya berlangsung hari ini.

“Keluarga tertuduh hanya mampu menyediakan wang jaminan sebanyak RM5,000 dalam tempoh singkat memandangkan tertuduh akan melangsungkan persandingannya esok (hari ini),” katanya.

Hakim Mahkamah Sesyen, Zamri Bakar berkata, pihaknya memandang serius perbuatan jenayah itu kerana ia menghina kerajaan yang mempunyai institusi kesultanan unik yang stabil.

Menurutnya, beliau mempertimbangkan keputusan itu berikutan Khairulnizam perlu menghadiri persandingannya dengan menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin manakala pasportnya perlu diserahkan kepada mahkamah.

Beliau menetapkan 31 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula. - Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...