Skip to main content

Lagi kaitan Anwar-Azmin dipersoal

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Isu 'hubungan istimewa' antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden parti itu, Azmin Ali sekali lagi dipersoalkan kerana ia semakin menjadi- jadi.


Kali ini ia dibangkitkan oleh bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak yang mendakwa tahap hubungan mereka amat sukar difahami kerana Anwar dilihat akan memenuhi apa jua kehendak Azmin.

Beliau yang merupakan kawan keluarga Anwar berkata, 'hubungan istimewa' itu menyebabkan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail umpama tiada kuasa dan sekadar menjadi patung dalam struktur kepimpinan parti.

"Pemerhatian saya mendapati hubungan mereka penuh kerahsiaan, saya tidak dapat memahami kenapa, apa jua kehendak Azmin akan dipenuhi Anwar sehingga diberi peluang mengetuai PKR Sabah walaupun ia tidak logik.

"Memanglah PKR ini diberi jolokan parti 3A tetapi yang berkuasa ialah Anwar dan Azmin sahaja, Azizah ini sekadar 'patung' sahaja," katanya sewaktu dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.


Saidatul Badru menyertai PKR pada 1998 dan sewaktu berada di puncak kerjaya politik bersama parti itu beliau meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden dan Pengerusi PKR Sabah pada 3 April 2006 dan kemudiannya keluar parti pada 13 Ogos 2007.

'Hubungan istimewa' antara Anwar dan Azmin sebelum ini pernah dipersoalkan oleh bekas rakan karib Anwar pada 18 Oktober tahun lalu, Datuk S. Nallakarupan yang berkata: "Anda (wartawan) sepatutnya tanya Anwar kenapa Azmin begitu istimewa? Kalau dia tidak mahu jawab bolehlah tanya isterinya, Wan Azizah."

Mengulas lanjut, Saidatul Badru berkata beliau yakin sebenarnya Wan Azizah sendiri tidak menyukai 'hubungan istimewa' Anwar dan Azmin tetapi beliau terlalu takut untuk bersuara.

Lantaran itu katanya, Wan Azizah terpaksa taat secara melulu kepada suaminya dan memendam rasa.

"Memang Wan Azizah selalu menonjolkan imej wanita Islam yang tidak pernah lekang dengan zikir tetapi dia perlu sedar ketaatan kepada suami perlu ada syarat-syaratnya, asas kebenaran perlu jadi perkiraan.

"Namun dalam isu tuduhan meliwat bekas pembantunya, Anwar kita lihat banyak berdalih, kini sibuk pula mahu kesnya dibicarakan mengikut undang-undang syariah supaya empat saksi dikemukakan tapi tidak mahu membersihkan namanya dengan cara alternatif iaitu bersumpah laknat," tegasnya yang merupakan peguam syariah.

Dalam perkembangan berkaitan, Saidatul Badru menasihatkan rakyat Sabah supaya tidak tertipu dengan permainan politik Anwar.

Katanya, sejak Anwar keluar dari penjara beliau tidak pernah menunaikan janji-janji PKR yang ditabur untuk rakyat Sabah.

"Nasihat saya janganlah terpedaya, saya ini kawan keluarga Anwar dan Wan Azizah malah pernah berada dalam kepimpinan tertinggi parti.

"Kalau saya sendiri sudah terkena, apatah lagi mereka yang baru bersama PKR dan tidak mengenali mereka berdua secara peribadi," katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T