KUALA LUMPUR 22 Jan. - Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan terus berkecamuk selagi penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengamalkan dasar pilih kasih terhadap 'anak emasnya' sehingga meminggirkan kepentingan seluruh ahli.
Bekas Ketua Pemuda PKR Selangor, Hamidzun Khairuddin mendakwa tindakan memusatkan kuasa kepada beberapa pemimpin tertentu tidak mampu menguatkan kedudukan parti dan Anwar, sebaliknya akan menghancurkan terus parti berkenaan.
Anak-anak emas yang dimaksudkannya itu ialah Naib Presiden, Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Penerangan, Latheefa Koya dan Pengarah Strategi, Chua Tian Chang.
"Peletakan jawatan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim dan pembubaran PKR Kuala Selangor hanyalah permulaan sahaja, saya yakin akan ada kejutan lain yang lebih besar memandangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri yang mencabar ahli-ahlinya untuk keluar parti.
"Saya difahamkan PKR Kapar juga akan berlaku sesuatu setelah tiga pemimpin kanan mereka dipecat atas dakwaan kononnya menyalahgunakan kuasa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - Utusan

pilih kasih ka pilih kekasih...???
ReplyDelete