Skip to main content

Siapa pakar bakar sentimen?

KETUA pembangkang, Anwar Ibrahim yang juga pemimpin utama PKR nampak terdesak untuk mempolitikkan apa sahaja. Dalam isu kalimah Allah, Anwar yang menyokong penggunaan kalimah suci itu untuk digunakan oleh agama Katolik (berdasarkan banyak laporan sebelum ini), sekali lagi mempolitikkan keadaan.


Kali ini, beliau bersama pemimpin DAP menuduh UMNO menyemarakkan sentimen bantahan umat Islam, yang kononnya secara tidak langsung dikaitkan dengan kejadian membakar gereja.

Itulah kepakaran Anwar, apa sahaja ruang dan kesempatan akan digunakan sepenuhnya untuk meraih sokongan. Dalam isu tersebut, sokongan bukan Islam terutama di Sabah dan Sarawak mahu ditagihnya dengan cara memburukkan UMNO. (Sedangkan pentadbiran Barisan Nasional di bawah teraju UMNO telah membolehkan agama lain berkembang dan dianuti dengan bebas. Rumah ibadat agama lain yang begitu banyak di negara yang majoriti Islam ini membuktikan hakikat itu.

Kesederhanaan dan pragmatisme UMNO selama ini banyak menguntungkan agama lain.)
Maka apabila berlaku insiden bakar gereja, secepat kilat Anwar menyambarnya untuk dijadikan isu. Lebih-lebih lagi, Anwar sedar reaksi majoriti umat Islam yang menentang penggunaan kalimah Allah oleh agama lain, tidak memihak kepada beliau.

Demonstrasi aman di banyak masjid menyerlahkan hakikat bahawa umat Islam menolak pendirian Anwar dan sekelompok kecil termasuk pembangkang.

Bukan itu sahaja, reaksi kalangan orang muda menerusi laman web sosial facebook tidak selari dengan beliau. Sehingga Khamis lalu, lebih 100,000 orang menyertai bantahan penggunaan kalimah Allah dalam facebook. Malah Awang difahamkan, ramai ahli PKR dan pembangkang di kalangan orang Islam kecewa dengan pendirian pemimpin mereka itu.

Maka strategi Anwar ialah memaksimumkan sokongan bukan Islam bagi meneruskan momentum sokongan yang diperoleh ketika pilihan raya umum lalu. Awang percaya masyarakat bukan Islam boleh menilai siapa Anwar, yang sebenarnya lebih mementingkan agenda peribadinya.

Realitinya, beliau memerlukan banyak isu panas bagi mengalihkan perhatian daripada isu sebenar yang dihadapinya sekarang. Anwar kian tertekan kerana perbicaraan kes liwatnya terhadap Saiful Bukhari Azlan hampir tiba. Semua orang tahu, beliau asyik cuba menangguhkan perbicaraan sehingga mencetuskan banyak persoalan termasuk mengapa beliau takut.

Tindakan sekutu politiknya, Raja Petra melarikan diri ke luar negara dengan menggunakan pasport asing dan kini menjadi buruan polis, sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti pergerakan politik Anwar.
Selain itu, seorang demi seorang pemimpin PKR terus meninggalkan parti dan melepaskan jawatan. Terbaru, peletakan jawatan Setiausaha Agung PKR, Salehudin Hashim, yang
tindakan tersebut dilihat satu lagi tamparan buat Anwar.

Apa sahaja strategi Anwar, tidak sukar dibaca. Beliaulah sebenarnya yang suka membakar sentimen rakyat. Sejarah telah membuktikan bahawa kes moral peribadinya boleh dimanipulasi sehingga rakyat terheret sama. PKR dan DAP menang banyak kerusi pada pilihan raya umum lalu juga kerana sentimen yang Anwar mainkan, biar sekalipun kepentingan agama dan bangsa menjadi taruhannya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...