Skip to main content

Terpulang Kepada Nik Aziz Untuk Siasat Kes Bocor Maklumat Bazar Tok Guru - Pas Kelantan


KOTA BAHARU, 19 Jan (Bernama) -- PAS Kelantan berpendapat hanya Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berhak untuk membuat keputusan sama ada perlu untuk membuat siasatan dalaman terhadap apa yang didakwa berlaku kebocoran maklumat bersabit kerugian Bazar Tok Guru kepada pihak tertentu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS II, Datuk Husam Musa berkata PAS Kelantan sama sekali tidak akan mencampuri urusan kemelut bazar berkenaan kerana ia tidak berkaitan dengan politik.

"Kita yakin Menteri Besar akan memutuskan perkara itu dan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri akan datang dan isu ini membabitkan masalah pentadbiran kerajaan negeri dan bukannya politik.

"Apa pun masalah yang berlaku dalam isu Bazar Tok Guru ini ia mesti didedahkan kepada umum," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di JKR 10 di sini, Selasa.

Hadir sama Nik Aziz yang bagaimanapun keberatan untuk bertemu media atas masalah kesihatan.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri berkata kenyataannya yang sebelum ini meminta kerajaan menyiasat perkara itu adalah berbentuk peribadi.

"Itu cadangan saya sahaja dan terpulang kepada kerajaan negeri bersetuju atau tidak," katanya.

Beliau juga meminta masyarakat perlu memahami isu berkenaan sebelum membuat sebarang kenyataan seolah-olah kerajaan negeri bersalah dalam perkara itu.

"Ia belum jadi kerugian lagi dan kita boleh mendapat kembali RM23 juta jika masalah pembelian lot dapat diatasi sepenuhnya," katanya.

Pada Jumaat lalu, Nik Aziz dilaporkan mengakui kerajaan negeri telah melakukan kesilapan sehingga menanggung kerugian besar dalam projek pembinaan bazar itu.

Nik Aziz berkata pihaknya terpaksa menebus balik bangunan itu yang sebelum ini diserahkan kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) setelah projek itu kemudiannya diserahkan kepada sebuah syarikat swasta untuk dibangunkan.

Sementara itu Husam menafikan mempunyai kaitan dan "berkawan baik" dengan seorang penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang lebih dikenali sebagai Kickdefella yang merupakan bekas Pegawai Perhubungan Awam PMBK.

"Hubungan saya dengan dia atas dasar profesionalisme ketika beliau masih berkhidmat dan selepas itu kami sudah tidak berhubung dan saya sendiri tidak berapa setuju dengan beberapa tulisannya dalam blog itu," katanya.

Beliau berkata tulisan Syed Azidi yang banyak menyentuh seperti pujian terhadap dirinya tidak semestinya menggambarkan "hubungan akrab" antara mereka berdua.

"Saya sendiri tidak setuju dipuji begitu tinggi dalam blog beliau dan pada saya blogger perlu ada standard penulisan dan dia perlu mengasingkan diri antara kerja dan peribadi," katanya. -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T