Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Monday, January 18, 2010

Pemuda lapor polis Bazar Tok Guru


KOTA BHARU: Pemuda Umno Kelantan semalam, membuat laporan polis terhadap kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mengenai kesilapan yang menyebabkan kerajaan negeri menanggung kerugian dianggarkan RM50 juta dalam projek pembinaan Bazar Tok Guru.

Laporan polis itu dibuat Ketua Penerangan Pemuda, Che Othman Che Will, di Balai Polis Kota Bharu di sini, kira-kira jam 11.30 pagi.

Che Othman berkata, rakyat Kelantan kini mahu tahu sama ada wujud sebarang perancangan oleh pihak tertentu di sebalik projek terbabit yang mahu mengaut keuntungan.

“Apakah ada konspirasi di sebalik pembelian balik bazar itu, yang seolah-olah sudah dirancang pihak tertentu untuk mengaut wang kerajaan bagi kepentingan syarikat terbabit.

“Kami menuntut siasatan dibuat siapa di belakang syarikat itu atau mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan. Masa sama, menyiasat motif sebenarnya sehingga Menteri Besar sanggup membayar jutaan ringgit dengan alasan ada sesuatu kesilapan teknikal yang dilakukan,” katanya selepas membuat laporan itu, semalam.

Kelmarin, Nik Aziz mengesahkan yang kerajaan negeri terpaksa membeli tingkat bawah Bazar Tok Guru bernilai RM23 juta yang sedang dalam pembinaan daripada pemaju Sensa Timur. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...