Skip to main content

Kelantan Masih Bincang Bayaran Buat Sensa Timur Untuk Bazar Tok Guru

KOTA BAHARU, 21 Jan (Bernama) -- Kerajaan Kelantan masih berbincang dengan syarikat pemaju Sensa Timur bagi menentukan bayaran yang perlu dijelaskan untuk membeli kompleks perniagaan Bazar Tok Guru daripada syarikat itu, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Beliau yang diberi tanggungjawab mempengerusikan majlis rundingan itu berkata keputusan mengenai perbincangan antara kedua-dua pihak itu akan diketahui dalam masa terdekat ini.

"Ketika ini ia masih di peringkat perbincangan antara pihak kerajaan negeri dengan syarikat pemaju, untuk menentukan jumlah sebenar pembayaran balik yang akan dibuat kepada syarikat itu," katanya kepada pemberita selepas upacara pecah tanah projek pembinaan Tune hotels.com dan KB Central, Jalan Hamzah, di sini, pada hari Khamis.

Beliau berkata demikian semasa mengulas perkembangan terbaru rundingan antara kerajaan negeri dengan syarikat pemaju Sensa Timur berhubung pembelian tersebut.

Jumaat lepas Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengesahkan kerajaan negeri terpaksa membeli kompleks perniagaan Bazar Tok Guru bernilai RM23 juta yang sedang dalam pembinaan daripada pemaju Sensa Timur itu, disebabkan masalah teknikal.

Kenyataan Nik Abdul Aziz itu dibuat beberapa hari selepas penulis blog Kickdefella dalam blognya mendakwa kerajaan negeri menanggung kerugian apabila membeli projek kompleks Bazar Tok Guru itu ekoran berlaku penyelewengan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang juga menantu Nik Abdul Aziz.

Sementara itu Ahmad berkata keputusan perbincangan dengan syarikat berkenaan akan dibawa dalam mesyuarat Exco dalam tempoh terdekat bagi menentukan jumlah sebenar yang akan dibuat oleh kerajaan negeri berhubung pembelian semula kompleks perniagaan itu.

Beliau juga memberi jaminan kerajaan akan melaksanakan segala janji yang dibuat untuk menjual ruang itu kepada peniaga kecil yang akan dipindahkan dari Pasar Lambak Uda dan Pasar Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) lama, di sini. -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...