KUALA LUMPUR: Walaupun menjadi buruan polis, namun Raja Petra Raja Kamaruddin yang melarikan diri ke luar negara dipercayai sedang bergembira dan hidup mewah di sebuah negara Eropah.
Ini terbukti dengan pendedahan terbarunya di sebuah laman web apabila dia bergambar dikelilingi beberapa wanita di Poland sambil meraikan sambutan tahun baru seperti mempersendakan undang-undang negara kerana polis dan peguam negara gagal mencarinya.
Setiausaha Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia Wilayah Persekutuan (Perkasa), Mohd Zainuddin Amran berkata, selain menghina undang-undang, Raja Petra turut mengeluarkan artikel berunsur hasutan yang diterbitkan awal Januari lalu.
“Ketika saya melayari laman web itu, Raja Petra dalam ruangannya ‘No Holds Barred’ cuba menghasut orang ramai khususnya orang Melayu supaya menghapuskan institusi raja-raja Melayu dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.
“Isi kandungan artikel itu juga bertentangan Perlembagaan Persekutuan selain mempertikaikan kedudukan Sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan sejak kemerdekaan,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis terhadap penulis blog itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, semalam.
Mohd Zainuddin berkata, artikel itu jelas berbaur hasutan dan harus dihentikan kerana menyebarkan propaganda yang boleh mempengaruhi orang ramai. - Harian Metro

Comments
Post a Comment