Skip to main content

Jangan bergantung media Barat


DR. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali berbual dengan sebahagian anggota konvoi Viva Palestina yang baru sampai dari misi penghantaran bantuan kemanusiaan di Gaza, di Lapangan Terbang KLIA, Sepang, semalam.


SEPANG 10 Jan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru media tempatan agar tidak terlalu bergantung kepada maklumat yang disalurkan media Barat khususnya yang berkaitan dengan keadaan semasa di Genting Gaza.

Bekas Perdana Menteri berkata, ini kerana semua media Barat terbabit dikuasai oleh golongan yang mempunyai kaitan yang amat rapat dengan Israel.

''Kita tidak akan mendapat lebih daripada apa yang mereka salurkan itu. Jadi, kita mesti berbangga dengan nilai kita sendiri dan tidak mengatakan dengan mengikuti nilai-nilai Barat, maka kita akan jadi lebih bertamadun dan mempunyai nilai moral tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyambut ketibaan sembilan rakyat Malaysia yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan terbesar untuk rakyat Palestin, Viva Palestina, di sini, hari ini.

Konvoi tersebut terdiri daripada 450 individu mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NG0) dari 17 buah negara termasuk Malaysia.

Bantuan yang dibawa termasuklah makanan, ubat-ubatan, peralatan perubatan, bahan bacaan dan barangan mainan untuk kanak-kanak yang kesemuanya bernilai RM3.4 juta.

Perjalanan Viva Palestina dari London pada 6 Disember tahun lalu itu merentasi 10 buah negara dan bandar raya di Eropah sebelum sampai di Turki, Syria dan Jordan.

Sehubungan itu, Dr. Mahathir berkata, adalah penting bagi masyarakat kita untuk melihat sendiri tentang apa yang sebenarnya berlaku di Genting Gaza.

''Salah seorang daripada rakyat kita yang menyertai konvoi itu memberitahu, Gaza masih dihujani dengan serangan bom setiap hari sedangkan saya ingat sudah wujud keamanan di kawasan itu.

''Mereka (media Barat) bercakap tentang isu-isu kecil tetapi Gaza yang secara konsistennya diserang oleh Israel tidak ada berita langsung tentang itu termasuk di media-media kita dan saya sendiri tidak pernah baca tentang pengeboman itu.

''Saya rasa Barry Wain (penulis buku Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times) perlu menulis biografi tentang pemimpin Israel dan saya pasti beliau akan menemui banyak perkara 'baik' tentang mereka," katanya.

Sementara itu, salah seorang rakyat Malaysia yang menyertai konvoi itu, Matthias Chang berkata, walaupun pada mulanya konvoi itu dihalang oleh pihak berkuasa Mesir untuk memasuki Genting Gaza tetapi ia tidak pernah mematahkan semangat mereka.

''Ini kerana matlamat utama kami adalah untuk memastikan bantuan kemanusiaan itu sampai ke Gaza dan sebab itulah, kami mengambil keputusan tidak akan pulang selagi bantuan itu gagal memasuki Gaza," katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T